Thursday, April 30, 2009

mati

Tuhan..
terima kasih atas pemberian indah ini..
kembali kan dia untuk aku..
terima kasih yang amat..
syukur alhamdulillah..
kau hidupkan kembali jiwa yang mati ini..

Sayang,
aku sudah cakap kan..
aku belum mati lagi..
aku masih hidup untuk kau tunaikan janji-janji kau pada aku..
nah..sekarang sudah terbukti dan aku tahu..
kau masih sayangkan aku..
terima kasih kerana memaafkan..
terima kasih kerana mahu menunaikan janji..
:)


Wednesday, April 29, 2009

hidup

sayang,
u dah tak ingat ai lagi ke?
lama betul u menyepi..
u kata u nak jaga ai sampai mati..
tapi sekarang ai hidup lagi..
u macam dah tak nak jaga ai je?
kalau ai salah ai dah minta maaf kan?
u tau kan ai sayang u?
..
..
..
..
..
*nanges*

sakratul maut..

..
..
..
..
daun jatuh berdenting...
..
..
..

Monday, April 27, 2009

.............

awak,
pinjam bahu..
saya nak nanges..
awak,
peluk..
saya dah menggigil..
awak,
pinjam tangan..
saya rasa dingin..
awak,
pinjam cinta..
saya dah gila..

aku masih si gila dan bodoh itu..

perlulah aku turut semua kata..
kalau tidak dikata menderhaka katanya..
tapi kenapa?
kau tengok aku?
aku sudah gila..
gila pada engkau..
engkau tahu itu?
engkau lihat aku yang gembeng dan menjeng ini..
yang ini juga dahulunya kau temui..
kau ambil..
tapi sekarang seolah-olah kau mahu buang..
kau mahu sampah-sampahkan..
kau lihat aku..
kalu lihat aku ini..
aku ini..sudah compang camping..
aku ini..sudah ronyok hatinya..
aku ini..terbiar sepi..
aku ini dibiar menagih..
menagih cinta pada yang benci..
kenapa tidak dari dulu lagi kau benci aku..
kenapa dari dulu lagi tidak kau tolak aku jauh mati..
kenapa dari dulu lagi tidak kau kata jijik..
kenapa kau ucap sayang?
kenapa kau ungkap janji?
kenapa kau meteri semua ini?
kenapa kau cinta aku ini!
kenapa?
kenapa?
kenapa?
aku ini si penagih yang tagih akan cinta kamu..
aku ini si pencuri yang mencuri cinta kamu..
aku ini si penari yang menari cinta kamu..
aku ini juga..
PEREMPUAN GILA YANG BODOH ITU..
aku diam untuk sepanjang zaman..
aku diam untuk hati aku tenang..
aku diam untuk jiwa aku longlai..
aku diam untuk aku aku yang tewas..
dan aku penat..

Saturday, April 25, 2009

keje + ngulau + best!

sabtu sudah mari..
lau ikut tarikh ka tblog ni aci salah la wei..
hari ni kat kalendar aku dah 25 April 2009..
Happy Birthday Big Boss!
Hope u can give some increment for me! hehehe..
upposely aku tak kije hari ni..
tapi kau ganti cuti half day yang aku amik bbrpa minggu lepas..
yang penting gaji dapat full..aminn..
lagi pun sabtu2 macam ni keje besh juga..
daripada aku melalak je kat umah tu..muahahha..
ada keje sebenarnye nak kena siapkan..
tapi alamak..cam xde mood la plak..
ada 3 jam je lagi nak bagi settle semua plan2 tu..
hoefully hari ni boleh siap..

"aku bukan robot untuk diarahkan bergerak..
tangan kaki aku tak keras berdawai-dawai dan berwayar-wayar..
otak aku bukan di setting dengan mikro chip..
mata dan mulut aku bukan hanya gerak atas bawah..
yang penting aku bukan robot..
aku manusia..yang jadinya dari tanah..
dan kembalinya aku pada tanah itu juga..
segala deria yang ada pada aku pinjaman semata-mata..
Tuhan..terima kasih untuk segala keindahan ini..
walaupun aku pernah menzalimi diri sendiri..
segala yang telah kau letakkan pada diri aku ini memang sangat cantik..
walaupun zahirnya akan ada orang katakan aku ini tidak lah cantik..
tapi tak ngapa..aku suka diri aku..
Tuhan..kau percantikkanlah juga hatid dan jiwa aku ini.."

Friday, April 24, 2009

oh HAPPY day!

macam tajuk lagu dalam cerita My Boss My Hero..
memang best sangat hari ni..
rezeki Allah bagi..syukur..
lunch tadi memang dah set ngan bos and another one staff nak lunch sama2..
so decide punya decide pergi je la Jusco Cheras Selatan..
Lady boss belanja for our birthday this month..
3 of us celebrate birthday dalam bulan yang sama..
Boss ; 16 April
Me ; 20 April
Fren : 22 April..
Actually my big boss this 25 April and his younger brother on 14 April..
Hahaha..very special..semuanye kebetulan..
Lepas makan kat Johnys' Bos lapar lagi and buy us Mc Donald's..again..
Then aku baru cakap2 ngan member yang one handbag kat Vincci tu cantik..
Bos terus je ambik beg tu and beli..
Plus..kitorang dapat one pair kasut each person..
What a Happy day..
Such a very kind of bos..
Tapi serius memang aku puji Lady Bos aku nih..
Tak kedekut..
That's why bila aku dapat calling interview from one of big company aku tolak..
Bukan sombong, tapi aku dah sgt selesa kerja kat sini..
Walaupun gaji nye tak lah besar mana..tapi aku Happy..
The key word kat entri hari ni ialah HAPPY!
Thanks Ms Tan for everything!

Wednesday, April 22, 2009

tak pasti kenapa menulis dan mungkin tertulis..

cantik kan?aku suka warna nye

haih..
aku penat 2,3 hari ni..letih semacam jer..
mungkin dalam bulan ni saje dah terkejar-kejar ke sana ke mari..
letih di jalan pun mungkin..
puas?tak juga..
aku rasa puas bila aku dapat rehat tanpa sebarang gangguan dan pekikan..
kadangkala yang bila rasa nak off handphone..
macam malam tadi bila badan dan otak dah bersatu untuk beradu si biru memainkan lagu Los Lobos dengan rancak nye..tertera nama sahabat yang sering menelefon di waktu jam mula nak pagi..aku silence dan tak angkat..
maaflah kawan..aku dah penat..
bagi lah aku rehat..OK?
biasanye aku kirim kan sms untuk minta maaf..
tapi kali ini tidak..
biarkan..bukan nak jadi kejam..
tapi dia pun sama kejamnye..
kalau telefon setakat nak cakap Happy Belated Birthday, tak usahlah..
Membazir bil telefon kamu jer..
SMS sudah..insyaallah akan aku balas..
Kalau setakat henadak tanya kan apa hadiah yang aku dapat untuk hari lahir kali ini..
tak usahlah..
Aku tak dapat apa-apa dari zahirnya..
Batinnya aku masih lagi dapat hirup udara segar pagi hari dan malam hari..
Aku masih dapat hidu bau hujan yang menyenangkan..
Alhamdulillah..
Dan terima kasih Tuhan atas perasaan ini..
Jiwa ini..dan hati ini..
Terima kasih Tuhan kerana masih membekalkan aku oksigen untuk aku santap jadikan jantung ku ini kenyang..

pada kawan-kawan yg masih mengingati diri ini..terima kasih banyak2..wish all of u besh of luck for yr life! cheers!

Monday, April 20, 2009

otak letih, jiwa pedih, hati sedih..

nampaknye terus-terusan ia berlaku..
aku rasa mcm dah putus urat nak terus jalan..
mata pedih, pinggang ni dah seminggu nyilu..
badan x payah cakapla..
macam nak terbarai sudah..
Allah..
bukan aku merintih cuma sedikit mengeluh..
bukan aku suka nak buat macam tu..
tapi..aku sedih..
aku dah cuba yang terbaik (bagi aku)..
cuba utk menyerap dia jadi sebahagian air dalam badan aku nih..
aku dah cuba!
tapi semakin lama dia semakin lain..
lain bagi aku sikap dia..
mesra dia..semua macam dah hilang..
kenapa?
aku tak minta apa2 pun..
tapi kenapa baru hari ni dia cakap semua tu tak penting bagi dia?
walaupun bagi aku itu penting..
dia tak serupa dulu..
dia lain..
lain sangat..
aku dah penat..
aku rasa nak pancung tangan..
babai..

*dis year b'day very suck!i hate my b'day..no more b'day after dis..no more!

Tuesday, April 14, 2009

semua ini kebetulan dan sudah takdir Nya..

merujuk pada entri ini aku sepertinya kaku untuk berkata-kata..
memang aku tak sangka..
bila 10 April lepas airmata ini tak berhenti mengalir walaupun masa tu ada kat ofis..
ish..malu kan..
tapi takde yang perasan pun..aku nyorok depan pc..
lagi pn bos tak ada..
yg aku tau masa tu aku xde hati,jiwa dan perasaan..

10 april 2009, jumaat, genap 11 tahun mak pergi..hari nye pun sama..jumaat pagi pukul 10.3o..
hrmm..kebetulan..
dan aku dapat panggilan dari anak saudara aku yg ada kat shah alam..
inform that his father admited in Klang Hospital..
tugas aku inform pada semua adik beradik..
semua dah di beritahu..
cuma kurang pasti keadaan yg sbetulnye masa tu..
yg aku tahu dia mengalami LOW BLOOD PRESSURE..tekanan darah rendah dan kandungan gula dlm darah yg sgt tinggi..tibe2 je..sebab selama ni dia xde kencing manis pn cuma ad gout..

mlm tu juga pergi hospital..pergi 2 family kakak aku..
sampai kat sana kena amik pass..semua naik..aku jer tak..
sebab masa tu aku xde hati,jiwa dan perasaan..
bukan bermaksud aku kejam..tidak..
tapi aku takut sebenarnya..tak tahu kenapa..
bila kakak bagi sms

"still remember how mak wears da oxygen mask todays date 11 yrs ago?da same scene pada abg mat sekarang.."

ya..i still remember all the things..stil in my mind..

kami balik rumah malam tu dgn hati yg agak kurang senang..sebab abang ipar kata mungkin dia tak 'lama'..aku diam jer..balik umah da letih..solat,tido..
esoknye rutin harian sabtu..habis semua keje kitorang gerak ke Klang..
pusing2 sampai sesat..
last jumpa gak jalan ke Hospital tu..
pergi solat n makan dulu sebab perut dah berdangdut..

sampai kat hospital akak takde..
turun ke kedai kat bawah hospital..
takut bila tgk keadaan abg masa tu..
tercungap2 walaupun diberi bantuan oksigen..
tangan dia asyik menghentak sisi katil..
tak tau apa yg dia mahu kan..
sebab dia dah x mampu nak bercakap..
sedih..

jam 6pm kami balik..
belum pun sampai ke rumah..
kakak ipar call..
dia cakap kalau boleh patah balik ke hospital masa tu juga..
abang dah tenat..
kak ngah aku dah nangis + sakit kepala dia datang..
berhenti di Petronas,solat..
terus ke komuter station ambik anak saudara yg kebetulan cuti seminggu dr belajarnye..
katanye study week..biar lah..
jam 10.30pm, adik kaka ipar call..
suara lain mcm..
dia ckp kalau boleh cepat sikit gerak..
hati ni rasa dah jatuh..
tapi masih aku ikat kuat..
insyaallah..xde apa2..
bawa 2 kereta..kami pecah..
aku ke shah alam ambik anak2 abg kat rumahnye di seksyen 24,
kakak terus ke Klang..
alhamdulillah tak sesat lagi..
semuanye ok..
tapi..
abang dah dlm ICU..koma..
kakak ipar dah bengkak mata..kesian sekali sama dia dan anak2 nye..
aku x tau nak ckp apa..cuma..SABAR..
jam 2am, abah n kakak di kampung sampai..
suasana depan WAD 8B tu rasa mcm hening sgt..
masing2 x boleh tido..sebab xde tempat yg selesa..
kami berkampung di ats lantai depan lif..naseb baik xde pelawat lagi masa tu..
jam 3 kakak ipar panggil abah dgn nada yg cemas..
tak lama lepas tu..kak ngah keluar dan..menangis..
Innalillahhiwainnailaihi raji'un..
Allah lebih menyayanginya..
Allah sahaja yg tahu perasaan kami masa tu..
dan aku..setiap kematian aku tontoni sepanjang hidup aku..
hingga aku rasa dah tak sanggup lagi..
Allah..

Ya Rabbi..
Kau tempatkan dia Norhani bin Othman di kalangan orang2 yang beriman dan soleh..
12 April 2009
0310a.m
Wad Kardiak,
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

tinggal kami 5 beradik perempuan dgn abah tersayang..semoga abah dipanjangkan umur dgn kesihatan yg sempurna..aminn..

Friday, April 10, 2009

NINE WORDS WOMEN USE


(1) Fine: This is the word women use to end an argument when they are right and you need to shut up.


(2) Five Minutes: If she is getting dressed, this means a half an hour. Five minutes is only five minutes if you have just been given five more minutes to watch the game before helping around the house.

(3) Nothing: This is the calm before the storm. This means something, and you should be on your toes. Arguments that begin with nothing usually end in fine.

(4) Go Ahead: This is a dare, not permission. Don't Do It!

(5) Loud Sigh: This is actually a word, but is a non-verbal statement often misunderstood by men. A loud sigh means she thinks you are an idiot and wonders why she is wasting her time standing here and arguing with you about nothing. (Refer back to # 3 for the meaning of nothing.)

(6) That's Okay: This is one of the most dangerous statements a women can make to a man. That's okay means she wants to think long and hard before deciding how and when you will pay for your mistake.

(7) Thanks: A woman is thanking you, do not question, or faint. Just say you're welcome. (I want to add in a clause here - This is true, unless she says 'Thanks a lot' - that is PURE sarcasm and she is not thanking you at all. DO NOT say 'you're welcome' . that will bring on a 'whatever').

(8) Whatever: Is a woman's way of saying F-- YOU!

(9) Don't worry about it, I got it: Another dangerous statement, meaning this is something that a woman has told a man to do several times, but is now doing it herself. This will later result in a man asking 'What's wrong?' For the woman's response refer to # 3.
"one of the key differences between men and women, and one of the things that so often leads to difficulties in marriage, is that when a man and a woman stand together at the altar"

Thursday, April 9, 2009

KAU MEMANG BIJAK

video

Bila tengok rasa ngeri..
takut jadi pada diri sendiri..
Na'uzubillah..
Minta perlindungan dari kamu Tuhan..
Utk diri sendiri,keluarga,sahabat dan jiran-jiran yg lain..
Dari perkara-perkara buruk seperti ini..

An email from a friend state that:

"Dear All,

This is what happened just last Monday. Spare some time to watch this video clip which was captured during the robbery from the cctv installed at the victim’s car porch.

It happened so fast that the maid and the owner cannot do anything as the group of 6 arrives in 3 motorbikes ambushing the owner when he and the wife arrive home at about 2:45pm.
The couple came home in 2 separate cars. The whole robbery took about 2 minutes only. They had parang with them. Look at how one of them treated the owner when he came out of the house during the robbery.

Trust me! it is worth your 3 minutes to watch this. Plz take precaution whenever you are traveling home especially if gals are alone.

Plz inform your parents and take precaution "

Monday, April 6, 2009

sungguh..

kaki..
tangan..
badan..
pinggang..
otak..
semua sakit..
sungguh..
benar..
aku tak tipu..
memang aku letih yang amat..
tapi sepertinya..kekasih menjauh..
aku? jadi kelat..

saya dah balik awak..awak tak rindu saya ke?

Thursday, April 2, 2009

PUTUS NYAWA








aku putus nyawa untuk terus bernafas..Tuhan..bantu aku..sabar kan aku..kuat kan aku..aku tahu Kau dengar aku..aku pohon pada Kamu Tuhan..pohon pada Kamu..Allah..

APRIL


bulan APRIL sudah..kejap giler masa berlalu..dah masuk bulan empat..dan aku stil mcm ni..masih kat tmpat duduk yang sama..ofis yang sama..keje x sama..gaji sama..bos sama..semua SAMA! kadang2 memang kau boring!bosan! rasa nak tumbuk muka orang2 keliling..biar puas hati aku..imbasan:


1 april - April Fool (bulan bodoh)

10 april - mak pergi tinggalkan aku..dah 11 tahun lamanya..

17 april - hari lahir abah..semoga sentiase terus sihat..

18 april - Hakeem's birthday..gud luck for yr UPSR!

20 april - MY BIRTHDAY..umur aku bertambah..

16 & 25 - BOS aku nye birthday laki bini..bos!kasi tmbh sy punya gaji la!!!!!!

30 april - brother NAVY nye birthday..semoga cpt naik pangkat!


mcm tu la lebih kurang lebih tak kurang tarikh2 dlm bulan april ni dalam sejarah hidup aku.

aku dah stress tahap lanun dah nih!ikutkan rasa nak off handphone nak kunci diri dalam bilik,duduk bawah katil..arghh!!!!!!!!!!!! apa nih?aku memang tak kuat iman..nak bertafakur atas sejadah mencari ketenangan..iblis2 lahanat semua kat keliling aku..yang pasti aku tau mereka gelakkan aku.bersorak keriangan!cukup gembira bila aku stress macam nih!


ampun Tuhan..ampunkan akuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.....


APRIL = 4 = MATI


bila cakap psl nombor empat (4) mcm2 juga benda secara kebetulan jadi dalam hidup aku..

*aku ada 5 orang abang secara originalnye..tapi 4 daripada mereka meninggal tinggal sorang..

*aku ada 5 orang kakak..4 kakak aku dah kahwin dah ada anak.tinggal aku sorang.

*aku kira dari tahun 1990 sorang abg aku meninggal accident (lori vs motor)..1994, atuk meniggal sakit tua..1998,mak meninggal sakit macam-macam..2002,sorang lg abg aku meninggal,accident (lori vs motor)..2004 aku masuk GMI, 2006 akak aku kahwin, 2010..????

*aku lahir bulan April (4)

*nombor jersi aku masa kat sekolah 4

*kat IKM senior panggil aku EMPAT BELAS (14)


itulah antara kebetulan-kebetulan dan juga takdir ALLAH sebenarnya..


serius..aku depresssss..


*tolong*


pakwe aku dah sibuk menggila sekarang..dan aku pun nak buat-buat sibuk juga..malas nak layan

Wednesday, April 1, 2009

kabut

aku rasa sebal dan bebal sgt 2,3 hari ni..
tak tau apa yang aku fikirkan..
kalau org tanya atau sang kekasih bertanya
"awak fikir apa?
apa yg harus aku katakan cuma
'tidak ada apa"
benarnya itulah..aku sendiri tidak tau apa yang aku fikirkan..
apa pulak yang aku nak luahkan?
tak ada apa-apa..
kosong..

rasa macam nak lari jauh-jauh..bukan lari dari masalah..tapi masalahnya aku sendiri tak tau yang aku ada masalah atau tidak?confirm kalau dia baca entry ini pastinye aku disoal itu dan ini..lepas tu aku pulak diam..lepas tu lagi..perang..lepas perang..dingin..begitulah..aku rasa nak menjerit..sekarang..tapi tak boleh..sebab aku ada kat ofis..walaupun bos tak ada..

ya Allah..bagi aku kesabaran..tenang..aminn..

*pengsan*

5hb april ni sahabat blog aku,Ladynoe akn sah jadi isteri org..
selamat pengantin baru Noe..semoga kekal bahagia hingga akhir hayat..