Monday, April 27, 2009

aku masih si gila dan bodoh itu..

perlulah aku turut semua kata..
kalau tidak dikata menderhaka katanya..
tapi kenapa?
kau tengok aku?
aku sudah gila..
gila pada engkau..
engkau tahu itu?
engkau lihat aku yang gembeng dan menjeng ini..
yang ini juga dahulunya kau temui..
kau ambil..
tapi sekarang seolah-olah kau mahu buang..
kau mahu sampah-sampahkan..
kau lihat aku..
kalu lihat aku ini..
aku ini..sudah compang camping..
aku ini..sudah ronyok hatinya..
aku ini..terbiar sepi..
aku ini dibiar menagih..
menagih cinta pada yang benci..
kenapa tidak dari dulu lagi kau benci aku..
kenapa dari dulu lagi tidak kau tolak aku jauh mati..
kenapa dari dulu lagi tidak kau kata jijik..
kenapa kau ucap sayang?
kenapa kau ungkap janji?
kenapa kau meteri semua ini?
kenapa kau cinta aku ini!
kenapa?
kenapa?
kenapa?
aku ini si penagih yang tagih akan cinta kamu..
aku ini si pencuri yang mencuri cinta kamu..
aku ini si penari yang menari cinta kamu..
aku ini juga..
PEREMPUAN GILA YANG BODOH ITU..
aku diam untuk sepanjang zaman..
aku diam untuk hati aku tenang..
aku diam untuk jiwa aku longlai..
aku diam untuk aku aku yang tewas..
dan aku penat..

3 comments:

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam pagi,

kunjungan ...

honey said...

salam pagi juga zul..
silakan..

aEn said...

acik..?? nape nieh...sedey la bace.. =(