Friday, February 18, 2011

bertebaran rasa hati..berkecamuk rasa diri..

boleh dikatakan entri mengeluh.
aku rasa penat sangat.
sebab terasa setiap apa yang aku buat tak dihargai
banyak hal nak difikirkan
hal kerja
hal kahwin
hal lepas kahwin
hal hutang
memang terasa terbeban sekarang ni
nak-nak pulak kat tempat kerja macam-macam hal dirombak.
dari benda kecik sampai ke benda besar
aku sampai rasa naik fedap
rasa nak quit
nak cari kerja lain
tapi aku nak cari kerja lain lepas kawin kalau boleh
sebab nya, tempat tinggal dan transportation
bukanlah aku ni manja
tapi lebih kepada tak mampu nak adakan transport sendiri
nak naik train ke bas ke memang tak masuk akal bila kerja kat kawasan yg jauh dari bus stand tempat bas berhenti
lagikan train..memang takde stesen langsung kat sini
nak ada pun MRI yang tak tau bila akan siap.huhu..
sekarang ni aku perlukan kekuatan
perlukan sokongan
rasa down sangat
aku tau ini ujian bila mana aku selalu lupakan Dia
ini bukan ujian sebenarnya
ini BALASAN sebab selalu sangat lupakan DIA
astaghfirullah..ampunkan aku Ya Allah
Aku tau dah berapa banyak kali aku minta ampun dari Engkau
dah berjuta kali aku kata aku sudah insaf
tapi ternyata aku ulangi lagi.
astaghfirullah..ampunkan ya allah..ampunkan aku..[

dan hari ini sebenarnya, AL-FATIHAH..
kalau mak ada, aku ucapkan SELAMAT HARI LAHIR MAK 18.02.1942
semoga mak tenang, bahagia, dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
sungguh rindu yang terlalu menggunung pada mak
tak boleh digambarkan dengan apa-apa sebenarnya
hari ini dan bila-bila, serasa mahu peluk dan cium mak yang tak mampu lepas.
maafkan aku mak..maafkan..

0 comments: