Monday, February 1, 2010

010210

salam pembukaan..
tersangat sibuk dan serabut sampai aku takde masa dan idea untuk blog sendiri.hari ni aku paksakan juga.dah masuk bulan ke dua dua ribu sepuluh ni.dan aku?apa kes?aku ok.setakat ni alhamdulillah ok.cuma sebelum2 nih agak sibuk sebab ofis aku pindah.dan aku ikut sekali pindah tapi mungkin hanya untuk sementara waktu.sebab terlalu jauh dan aku tak nak susahkan sapa2 termasuk kawan kerja sendiri.tambah pulak akak aku takde yang nak tolong.terpaksa berkorban.insyaallah ada hikmahnya.
dan unutk dua ribu sepuluh ni aku bersyukur sangat sebab acap dah dapat keje.alhamdulillah..walaupun agak jauh dari rumah tapi sedia maklum dia rela berulang alik..alhamdulillah..tahniah..

dan hari ni,satu februari dua ribu sepuluh, ulang tahun hubungan kami yang ke empat..alhamdulillah..semuanya berjalan lancar..kami masih menunggu hari.hari yang bahagia mungkin.insyaallah..minta2 doa kami dimakbulkan dan Allah permudahkan segala urusan..aminn..

takde sambutan takde makan2 or hadiah.tak penting sebab bagi aku yang penting keikhlasan hati masing2..cukupla dua hari lepas berjumpa.hilang juga rasa rindu..
cukupla pasal aku dengan dia.

family?awal tahun hari tu abah sakit sampai masuk hospital.aku cuti dua hari untuk awal tahun.alhamdulillah bos memahami..syukur sangat2..dan dalam masa dua hari tu abah pun dah boleh keluar wad..ya tuhan..aku bersyukur sangat2 pada engkau..terima kasih sebab memberi kemudahan kepada abah.masa dengar abah sakit aku dah rasa macam gelap sekjap dunia aku.macam2 aku fikir.tapi cuba atasi semua fikiran2 yang serabut tu.yang penting malam tu juga balik..kaki abah bengkak sebab gaot + kuman dalam paru-paru, kolestrol tinggi..berjalan pun terpaksa dipapah sebab dua2 kaki bengkak sangat2..kakak aku pun sama tak sihat. dugaan..syukur semuanya dah berakhir..cuma sekarang abah kena jaga makan, kena ambik ubat ikut masa.supplement pun kena ambik gak..takpela.as long as abah bertambah sihat..semoga panjang umur dan sihat-sihat selalu.abah kena kuat semangat ok!huhuuu..i love u so much..

selepas ni apa yang jadi kita tungguuuuuu...oqay! doakan aku dan acap panjang jodoh dan dilimpahi rezeki serta dilindungi Allah selalu..amin..doakan kalian juga begitu..sayang semua..

nota kaki: selamat ulang tahun sayang...

0 comments: