sampai saat ini, sampai hari ini..
aku masih disini.
kerja di syarikat yang sama,
cuma lokasi yang berbeza
alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan
terima kasih Allah
dan untuk diri ini juga
masih menyintai insan yang sama
tanpa rasa jemu
tanpa rasa sangsi
semoga jodoh ini panjang sampai ke akhirat
ku mohon itu untuk kebahagian kami
cukuplah hidup yang disempurnakan dengan bahagia
apa adanya..
insyaallah..
Friday, February 26, 2010
masih
Posted by honey at Friday, February 26, 2010 0 comments
Wednesday, February 3, 2010
hari seterusnya
semalam balik keje agak awal
terlalu letih semua badan
dari otak sampai hujung jari kaki
sangat malas nak berfikir sebab dah terlalu serabut
sampai la hari ni..masih serabut
apala aku nak buat
segala macam cara dah aku buat
tapi macam tu juga
aku penat
letih
Posted by honey at Wednesday, February 03, 2010 0 comments
Tuesday, February 2, 2010
semalam dan hari ini
dua hari yang berbeza
pada nama pun dah nyata perbezaannya
dan untuk kesekian kalinya aku terima semua rasa
semua rasa yang jadi satu BENCI!
aku memang perempuan perak lagi bodoh dan hancur
kalau itu yang dah nyata dari awalnya kenapa kau cari aku?
kau dah nampak tapi kenapa kau tak biarkan
bunuh kan saja perempuan macam aku ini
apa lagi gunanya untuk kau simpan?
aku ni sampah kau tau?
kau sudah tau lama bukan?
aku ini memang sampah
tapi ada aku kesah?
sampai mati pun aku tak pernah kisah apa kau nak pandang aku
ini hidup aku
kalau kau punya keluarga yang terbagus dalam hidup kau
untuk kau dapat segalanya dengan mudah
tapi aku
aku punya BAPAK yang terbaik dalam hidup aku dunia aku akhirat aku
nokhtah.
aku tak punya sesiapa selain dia.
dan Tuhan itu satu
yang juga sayang pada aku
tak pernah membenci aku
yang setia mendengar segala macam rasa dari diri aku
kerana DIA yang menciptakan semuanya
dan DIA juga yang akan merenggut semuanya
kalau kau rasa punya hak untuk segala macam rasa.
aku juga punya yang sama
semua rasa yang sama
yang dah pun menjadi satu- BENCI!
kebodohan aku di tahap maksimum
memang sial!
Posted by honey at Tuesday, February 02, 2010 0 comments
Monday, February 1, 2010
010210
salam pembukaan..
tersangat sibuk dan serabut sampai aku takde masa dan idea untuk blog sendiri.hari ni aku paksakan juga.dah masuk bulan ke dua dua ribu sepuluh ni.dan aku?apa kes?aku ok.setakat ni alhamdulillah ok.cuma sebelum2 nih agak sibuk sebab ofis aku pindah.dan aku ikut sekali pindah tapi mungkin hanya untuk sementara waktu.sebab terlalu jauh dan aku tak nak susahkan sapa2 termasuk kawan kerja sendiri.tambah pulak akak aku takde yang nak tolong.terpaksa berkorban.insyaallah ada hikmahnya.
dan unutk dua ribu sepuluh ni aku bersyukur sangat sebab acap dah dapat keje.alhamdulillah..walaupun agak jauh dari rumah tapi sedia maklum dia rela berulang alik..alhamdulillah..tahniah..
dan hari ni,satu februari dua ribu sepuluh, ulang tahun hubungan kami yang ke empat..alhamdulillah..semuanya berjalan lancar..kami masih menunggu hari.hari yang bahagia mungkin.insyaallah..minta2 doa kami dimakbulkan dan Allah permudahkan segala urusan..aminn..
takde sambutan takde makan2 or hadiah.tak penting sebab bagi aku yang penting keikhlasan hati masing2..cukupla dua hari lepas berjumpa.hilang juga rasa rindu..
cukupla pasal aku dengan dia.
family?awal tahun hari tu abah sakit sampai masuk hospital.aku cuti dua hari untuk awal tahun.alhamdulillah bos memahami..syukur sangat2..dan dalam masa dua hari tu abah pun dah boleh keluar wad..ya tuhan..aku bersyukur sangat2 pada engkau..terima kasih sebab memberi kemudahan kepada abah.masa dengar abah sakit aku dah rasa macam gelap sekjap dunia aku.macam2 aku fikir.tapi cuba atasi semua fikiran2 yang serabut tu.yang penting malam tu juga balik..kaki abah bengkak sebab gaot + kuman dalam paru-paru, kolestrol tinggi..berjalan pun terpaksa dipapah sebab dua2 kaki bengkak sangat2..kakak aku pun sama tak sihat. dugaan..syukur semuanya dah berakhir..cuma sekarang abah kena jaga makan, kena ambik ubat ikut masa.supplement pun kena ambik gak..takpela.as long as abah bertambah sihat..semoga panjang umur dan sihat-sihat selalu.abah kena kuat semangat ok!huhuuu..i love u so much..
selepas ni apa yang jadi kita tungguuuuuu...oqay! doakan aku dan acap panjang jodoh dan dilimpahi rezeki serta dilindungi Allah selalu..amin..doakan kalian juga begitu..sayang semua..
nota kaki: selamat ulang tahun sayang...
Posted by honey at Monday, February 01, 2010 0 comments