28 Ramadhan 1430H,
Dah penghujung Ramadhan..sayuu..
lepas ni mula Syawal..budak-budak happy la kan..
dapat duit raya, baju raya baru..haha
sama la macam aku budak-budak dulu..
x sabar-sabar nak raya..
tapi sejak mak takde, semuanya rasa biasa-biasa jer..
lagi sekarang aku dah keje..banyak nak kena budgetkan..
insyaallah rezeki ada dimana-mana jua..yang penting usaha..
hari ni last keje..esok cuti sampai la 27hb nanti..
28hb dah masuk keje..
cukupla cuti tu untuk aku berehat sekejap..
jumpa adik beradik..
cakap pasal adik beradik, raya kali ni berbeza..
tinggal kami 5 beradik perempuan je ngan Abah..
untuk tahun pertama, abang aku takde..
Al-Fatihah untuk semua-semuanya..
aminn..
apa yang aku harap setiap kali raya, aku nak tengok bapak aku happy..
aku tak happy pun tak apa..cukup tengok abah senyum, gelak-gelak tengok cucu-cucu dia punya peel..
sembang-sembang ngan ipar duai..
haha..aku?
biase-biase jer..
"aku bukan sesiapa di mata-mata mereka"
cuma dapat luang sikit masa dengan kawan-kawan pun cukup..
setakat ni belum ramai lagi yang dah kahwin..
so, takdela ralat sangat kan.. =)
untuk apiz pun raya kali ni amat lain..
yela mak dah takde..
kalau tahun lepas mak ada lagi, sempat jumpa setahun lepas tu jer..
semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
aku harap apiz tabah dan kuat hadapi semua ni..
sebab ini pertama kali untuk dia bukan untuk aku..
aku dah hampir lali..lupa apa perasaan tu..
subhanallah..
apa pun pada kawan-kawan semua, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin..
halalkan segala kata-kata yang tercoret di sini..
siti yuhani othman
kajang..
Harga Cetak Kaos
4 years ago
1 comments:
Salam Aidilfitri gak! Dan Al Fatihah utk yg dah pergi ...
Errr ... boleh tak tolong calunkan seseorang (Zahiril Adzim ker .. fynn jamal ker ..) utk Weblog Popular 1Malaysia? U follow Zahiril kan? Pls join the contest. Tenkiu!!
Post a Comment