Friday, February 27, 2009

kawan

rindu..
sayang..
benci..
sakit hati..

semua rasa dalam satu jiwa..
memang selalu ada..
tak pernah tak ada..

r.i.n.d.u
rasa utk kawan2 yg dah lama tak jumpa..
tak sembang..tak tengok muka..

s.a.ya.n.g
rasa utk kawan2 yg sentiasa ada bersama
susah, senang, gembira, sedih..

b.e.n.c.i
rasa utk kawan2 yg x pernah tau sapa aku
tapi cukup baik utk melemparkan kata2 keji
mencaci..

cukup..

belum habis lagi..

s.a.k.i.t.h.a.t.i
sakit yg paling sakit bagi aku..
bukan utk kawan2 saje..
tapi utk sesiapa saja yg dah pernah sakitkan hati aku..

aku maafkan kalian..
atas semua rasa aku maafkan kalian..

maaf..

habis...

Saturday, February 21, 2009

bila kau kata aku x adil

aku rasa aku dah buat yg hbs baik..
mungkin?
tapi betul..apa yg dah aku cakap,
apa yg dah aku buat..

tapi kenapa aku di salah erti kan?
tak mengapalah..
aku beralah..
cuma aku tidak kalah..
mak cakap x slh kalau kita beralah..
x rugi pun..
baik mak, adik ikut ckp mak..

makan ramai-ramai..
bayar sorang-sorang..
haha..
ada keadilan ke kat situ?
mungkin?

buatlah apa kau nak buat..
pergilah kalau kau nak pergi..
aku tetap disini..
menanti..pasti..

Wednesday, February 18, 2009

::bunda::

Dingin je pagi ni..
x macam selalu..
ade ape ye?
hmmm..

aku langkah kan kaki keluar dr rumah..
tak macam selalu..aku terus..
hari ni aku singgah kejap kat paip luar..
hidupkan air yg melalui getah pnjang..
"eh!cepatnye air ni sampai?"

tangan aku tadah..
'sejuknye air ni..seronok..'
rasa macam kat kampung pulak..
*senyum*

aku tutup sikit mulut getah tu..
air t'sembur macam hujan..
pokok-pokok depan aku menari-nari..
*senyum*
ok, cukup..

jalan-jalan macam nak pegi taman bunga..
tapi aku nak pegi keje..
*senyum*
rasa ok..sebenarnye x berapa nak ok..
tapi..OK..
*senyum*

*ofis..ada keje*

K800i bunyi..
*beep-beep*
appear: Makde C
"Selamat Hari Lahir Mak~Al-Fatihah"

ya..hari ni..18 Februari 2009..
kalau bunda ada,tentunya sudah 67..
tapi bunda tak ada..
tak ada untuk selamanya..
sudah lama bunda pergi menghadap Illahi..
tapi aku tau..Allah syg dia..
terima kasih Allah..

cuma..aku rindu kan bunda..
rindu yang amat..
*senyap*

"Ku ingin berjumpa denganmu
Bunda telah menghadap Illahi
Biarkanlah hanya dalam mimpi
Tuk menghapus semua rinduku"

Al~Fatihah...

Monday, February 16, 2009

DEBU YG SUCI>>SUCI DLM DEBU


Engkau bagai air yang jernih
Di dalam bekas yang berdebu
Zahirnya kotoran itu terlihat
Kesucian terlinding jua

Cinta bukan hanya di mata
Cinta hadir di dalam jiwa
Biarlah salah di mata mereka
Biar perbezaan terlihat antara kita

Kuharapkan kau kan terima
Walau dipandang hina
Namun hakikat cinta kita
Kita yang rasa

Suatu hari nanti
Pastikan bercahaya
Pintu akan terbuka
Kita langkah bersama

Di situ kita lihat
Bersinarlah hakikat
Debu jadi permata
Hina jadi mulia

Bukan khayalan yang aku berikan
Tapi keyakinan yang nyata
Kerana cinta lautan berapi
Pasti akan kurenang jua

Entry kali ni just nak share satu lagu lama..since aku tadika lagi lagu ni dah top meletops!

haha..penuh makna..yelah org dulu2 cinta mcmna?bkn cam skrg nih..hehe..tolak tepi itu cerita cinta..yang aku tau..lagu ni ada mkna t'sendiri bagi aku..

lagu yg buat aku ingat dan rindu sgt zmn kanak2 riang aku dulu..

zaman di mana arwah abg aku ad lagi ms tu..kitorang suka sgt nyanyi lagu ni sama2 ats beskal jaguar (basikal lama yg b'tayar besar)

nak2 ms tu dia bru balik dr johor and tugas dia pi amik aku balik skolah tadika..sweet memory..
tapi itulah nyanyian t'akhir aku dgn dia..sbb ms aku mula msuk darjah satu, bulan 12 thn 1990 dia pergi buat selama2nya..

sungguh Allah lebih menyayangi dia..dan skrg aku tau knp abg2 aku semua pergi menghadap Illahi..

sungguh Allah menyayangi mereka..t'masuk MAK aku juga..aku mohon agar Allah menyayangi aku jua spt mana DIA menyayangi ABG2 dan MAK aku..aminn


boleh ke aku?

orait..c u then..in next entry..






Saturday, February 14, 2009

.::WUDHU ZAHIR DAN BATIN::.

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuksolatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyukdan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? "

Hatim berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air".

Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya ' )
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1. aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ' Siratal mustaqim ' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Renung-renungkan dan selamat beramal ^.^

Thursday, February 12, 2009

aku dah mula..

salam..

hari ini aku mulakan blog ini dgn satu ayat yg baru bagi aku..

"ada aku kisah?"

hahaha..pada sapa2 yg rasa nak baca blog aku,baca..
aku sekadar mengisi masa lapang dan aku akan menaip selagi aku nak
so, nk komen apa2 silakan..

semalam aku tolak tawaran interview kat satu syarikat besar..E*********
kenapa?aku cuma boleh jawab aku x ready..itu jer..
kalau ada org nak kata aku tolak rezeki, bodoh, ap2 pon..aku x kisah..
aku yang nk kerja bukan org lain..

kan?

dan aku rasa happy dengan hidup aku sekarang..
bukan sbb aku duduk free kat umah akak aku..
tapi sebabnye tu Allah je yg tau..
biarlah insan itu nak marahkan aku..
nak kata aku malas, x kenang budi ke..
ada aku kisah???hehehe..
maaf ye..kalau terasa..

aku minta maaf sgt2..

ok, c u in next entry..