Friday, March 19, 2010

kasih

bila sebelumnya rasa kobar2 nak meluahkan semuanya dalam blog nih..alih-alih terus blank..hari ni semahunya pujuk diri sendiri untuk ada mood..tapi langsung tak mahu mood tu datang..selera makan?langsung la tak ada..perut lapar macam tong drum pun tak mahunya disumbatkan makan..sejak malam tadi cuma minum jus..sebelum tido minum jus air mata..sekarang layan semua lagu Fynn Jamal..serasa ada kat dunia lain..ya Allah..berilah aku kekuatan..berilah aku peluang untuk tebus semuanya apa yang dah aku buat semuanya salah belaka..

serasa nak pejam mata lama-lama biar tak ada yang rasa sakit bila berdua dan bersisi kan aku.
serasa mahu berada di kejauhan dari semua-semua yang bersisi kan aku..
serasa mahu jerit kan segala-galanya yang aku tidak sempurna dan aku tidak punya apa-apa.
serasa mahu pergi ke tempat emak dan luah segala-galanya pada dia.

itu semua rasa-rasa yang tongong yang ada dalam diri aku sekarang.
itu semua rasa-rasa yang terlalu membuatkan aku mendam dan diam.
itu semua rasa-rasa yang mampu aku ukir senyuman sengsara dari hati aku.
itu-itu dan ini-ini yang mana mampu aku kembalikan rasa sayang dia bagai dulu
yang ada sekarang hanya pasrah dan bukan rasa yang tulus.

mengharapkan kesefahaman yang kian hilang katanya
yang katanya aku ini seorang budak-budak yang umpama tiada akal dan tidak matang
yang katanya aku ini sangat menjengkelkan
yang katanya aku ni terlalu memaksa dalam semua hal
yang katanya aku ini suka mencuri masa dia untuk bersama keluarga
yang katanya aku harus berdiam bila dia berkata
yang katanya aku ini terlalu angkuh dan ego
yang katanya aku ini bukan-bukan

*diam*
*terus diam*
*senyap*
*bisu*
*terus mendam*
*terus..air mata yang meneman*

kasih,
biarlah jiwa ini pergi
biarlah aku ambil separuh jiwa ini dan pergi
aku tinggal separuh lagi bersama kamu
kasih,
tak aku minta bulan dan bintang lagikan matahari
kasih,
aku cuma mahu engkau yang dalam hati engkau itu adanya Tuhan
aku cuma mahu engkau kenalkan aku ini pada Tuhan yang sangat sayang kan kita
aku cuma mahu engkau yang seadanya engkau tidak perlu berlebih-lebihan
aku cuma mahu engkau yang adanya aku ini walau sekelumit mana letak didalam hati engkau itu
aku cuma mahu engkau yang dulunya boleh berkongsi apa saja apa mahunya
aku cuma mahu engkau 100% engkau.

kasih,
terlalu banyak pinta aku bukan?
tapi satu yang benar-benarnya aku minta...
keberadaan kamu disisi aku..

*cukup*