Saturday, October 31, 2009

ish..entahla..

dari malam tadi bila dia cakap itu dan ini aku terus bungkam diam..
diam sampai tak tau nak cakap apa selain dari respon "ermm.."
itu je..bermakna, aku dah teramat jengkel pada empunya suara..
dan kenapa dia menjengkelkan sangat..?
aku tak faham..
memang-memang aku tak faham..
kenapa setiap kali apa yang dia respon terlalu menyakitkan hati..
sebab..setiap apa yang aku buat bagi nya tidak sempurna..
langsung tidak..
dan kenapa aku boleh terima dia sesempurna nya dia walaupun dia memang tak sempurna tanpa dia sedar..
tanpa dia sedar yang dia pun selalu juga lukakan hati aku?
dan dia cuma sedar yang aku selalu menyakitinya..
tidak faham tentang dia?
harus aku memberi faham sedangkan aku sudah memahami yang kau tidak suka akan begitu dan begini?
harus aku memberi terang walhal kau sudah terang-terangan jelas dengan segala-galanya?
tolong plis, aku tidak minta apa-apa harta benda..cuma satu pemahaman yang kau dah menyakiti hati perempuan ini dan atas alasan kerana aku yang pinta untuk kau berkata-kata..
dan dengan balasan kau katakan, "right after dis i'll talk no more"
apakah?
aku..terpana..
aku..terdiam..
aku..terpempan
aku..membungkam..
nangis tidak, ketawa pun tidak..
sebab..masih aku fikirkan..salah aku kah?
sedangkan aku yang terasa sakit di hati..
salah aku kah?
sedangkan aku yang berupaya untuk tidak menyakitimu..
menjaga setiap bicara..
bagaimana kamu sebenarnya?
mahu yang hitam kah atau yang putih kah?
aku betul-betul tak faham..
----------------------------------------------------------

*otak terus ligat..

andai penulisan ini dapat melegakan jiwa dari semua rasa..
aku rela berdiam begini dan berkata hanya untuk diri sendiri kalau itu pun yang kau suka..dan suka aku bicara kan yang aku suka kau berkata, aku suka mendengar suara kau..sebab aku sayang kan kau dan sebaiknya aku cuba jaga setiap pertuturan..bukan mahu jadi hipokrit..tapi itu aku..kalau aku bisa berubah kenapa kan tidak kau?
jangan kau manis bicara tentang itu dan ini sedangkan kau tak pasti apa isi..
hey..aku tau siapa engkau..aku tahu setiap inci diri kau..tapi bukan aku untuk kasi malu sama engkau...harap maklum..

nota telinga: tiap yg aku dengar aku semat..aku jadikan pedoman..supaya bila sampai masa nanti kau akan rindu untuk berkata yang positif-positif tentang seorang aku..bukan aku ini minta untuk disanjung..cuma kerana aku kandung rasa sayang seorang aku pada diri seorang engkau...

Thursday, October 22, 2009

hujan lebat mencurah kini..bagaikan tiada henti..

kat luar dan dalam..
aku rasa aku prefer duk kat luar tu kalau aku tidak bekerja sekarang
sebab kat luar hujan sangatla lebat..
kan seronok dapat mandi hujan macam dulu2..
kepingin sangat untuk semua itu..
tapi semua tu kalau kat kampung adalah sangat seronok..
miss my gud old days..
sejuk penghawa dingin adalah sesuatu yang menyakitkan berbanding dengan sejuk air hujan..
sebab utk 3 hari berturut-turut aku sakit tanpa ada yang tahu..
biarlah aku diam..
untuk apa bercerita kalau tiada yang mendengar..
kalau ada pun mungkin si dia dan dia..
terima kasih..

dan sebab hujan..aku rindu pada adik beradik aku
yang 5 daripadanya adalah abang dah pergi untuk selamanya..
yang tinggal kami 5 yang perempuan yang mana aku adalah yang terakhir selepas mereka2
dan juga yang belum bersuami
belum punya kerja tetap dan bakal tidak punya pekerjaan entah untuk berapa lama mulai tahun depan..(aku harap ada pintu rezeki untuk aku)
dan masih berkira2 untuk memulakan sesuatu pekerjaan sendiri yg belum pasti bila akan bermula..
disebabkan itu jugala aku tinggal dengan salah seorang kakak..
dah 2 tahun disini..
tapi mengertinya aku seorang yg tidak punya tempat tinggal sendiri,
transport sendiri..dan tiada keyakinan diri

haih*

dan semakin aku perhatikan..
ada kakak2 yang mula berubah..
yang seperti menjauhkan diri..
macam ada rahsia disebalik kata..
cuma aku berbuat biasa..
ada pulak yang hanya nampak salah aku di matanya..
sedangkan baiknya aku dia buat2 buta..
Ya Tuhan..aku tidak minta dibalas..
tidak minta aku pada dia utk nampak kebaikan aku
cuma jangan la dia nak ungkit-ungkit segala..
dan semalam aku sakit yang teramat sampai aku tak peduli tentang apa-apa
makan, mandi, budak mengaji, kerja-kerja rumah dan segalanya..
aku betul-betul rasa sakit yang amat dan aku tidur tanpa bangun..
aku sedar-sedar jam 7 pagi tadi..
12 jam aku tidur..
and i really got my dark room, the blanket and the pillow..
sweet dream sayang..
hati aku betul-betul luluh..

nota hati: biar disimpan segala rasa agar menjadi rahsia sebab tiada yang mahu merasa semuanya..

Wednesday, October 21, 2009

kekasih yang tidak dianggap

aku mentari tapi tak menghangatkanmu
aku pelangi tak memberi warna di hidupmu
aku sang bulan tak menerangi malammu
aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan

selalu itu yg kau ucapkan padaku

reff:
sebagai kekasih yang tak dianggap
aku hanya bisa mencoba mengalah
menahan setiap amarah

aku sang bulan tak menerangi malammu
aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan

repeat reff

sebagai kekasih yang tak dianggap
aku hanya bisa mencoba bersabar
ku yakin kau kan berubah



the whole day just like a grey sky..
serius i'm not in a gud mood..
no heart to talk to anybody..
no feel to smile..
because it's to hard for me to create a smile
cause it pain..really pain..
and i just want lay down in the dark room with the blanket n the pillow..
hoping someone come to my side and be with me till the pain gone~~

Tuesday, October 20, 2009

hari ini dan semalam, hari ni bertambah serius

semalam boleh melantak lagi walaupun perit terasa
hari ni, langsung..masuk air pun sakit nye lemah gigil satu badan
aduhai..selera mula mati..
tapi sedang kosong yang amat kosong..
perlu dikuatkan juga untuk membuka rongga yang satu itu..
walau gigil mana sekali pun perlu diisi yang kosong itu

dan bila seluruh tulang belulang mula nak berselisih
aku jadi keras..kaku
duduk tak kene, berdiri tak kene rasa mau berbaring lena..
mungkin sebab keterlanjuran mulut berbicara untuk tempoh 48 jam kelmarin,
nah, sudahnya ko dapat hadiah dr Tuhan!
ampun ya Tuhan..
ampunkan aku..
aku tau tidak seharusnya aku begitu..

nota tekak: len kali jgn sesuka hati nak memaki..Allah bayar cash je sekarang..renung2 kan dan selamat beramal!

Monday, October 19, 2009

terapi hitam

keadaan: sangat sejuk
mode: sangat sakit kepala, sakit sampai ke dalam tekak
mood : no mood at all
dan : serasa mahu berbaring diatas tar hitam selepas hujan..mesti indah sangat bau nye..
*alamak! bos ada depan mata!
huhuuu..saspen..
aku betul-betul macam dah tak betul..
aku rasa nak tido 12 jam tanpa henti..haha!
tapi betul, rasa longlai gemalai badan ni..
tapi tiada siapa tahu kecuali Allah..
ya betul! tak ada siapa nampak..
aku letih, aku penat, aku tak cukup tido, aku tertekan..
Alhamdulillah, Alla masih ada menemani..terima kasih..
lagi 5 minit nak balik..
aku pun dah lupa apa aku nak buat balik nih..
i need some energy~~plis..

hari ni, semalam, berbakul2 aku memaki..
semua pun dalam hati..
akibat 2 orang insan yang tak sekolah ataupun tak habis sekolah yang amik seat aku n balak aku masa nak tengok PAPADOM, lepas tu buat2 tak tau, senang cerita diorang BODOH!
ikut aku nak jerit je kat telinga dia.
gaduh pun gaduh la..
yang penting aku puas!terlebih ajar punya orang
seb baik balak aku ada dowh!
kalau tak..grrrr..
dah time tengok, ada pulak mak bedah mana entah kecoh mulut atas bawah ikut satu2 dialog dalam citer.."oi makcik! lau dah tengok tu diam2 ar!" kecoh!
lagi la sengal, jantan mana entah yang tak reti silent handphone, ikut hati aku bg makan kasut saiz 8 tu baru tau..
serius aku marah..
dah la masuk lambat 10 minit..
jadi pulak macam2 hal..
haih..
dah la sebulan sekali je boleh keluar merayap sesuka hati..
huh!
dah la aku nak balik..
nak tido (kalau boleh)

nota kasut: kalau aku jumpa lagi orang2 macam tu, aku make sure dia makan kasut yg aku pkai tu!

Friday, October 16, 2009

aidilfitri lalu..





hanya sedikit yang hendak dipertonton..
sangat terkilan sebab kamera yang ada mengalami masalah teknikal..
so, gambar bersama abah, dihari raya pertama hilang macam tu jer..
tak apala..insyaallah ada yang lagi indah dari itu..

dan disini aku

gila lama aku tak update blog sendiri
kalau rumah ni konpem dah bersawang..
tak ada banyak cerita nak di publish..
walau pun hakikatnye banyak bercerita dalam hati jer..
sebab aku tak reti nak luahkan macam ni..
dan terkadanag aku lebih suka diam jer..
hmmmm..
raya kali ni tak berapa happening..
tu yang aku boleh cakap..
dan aku da update pasal raya semua kt facebook..
tak nak banyak cerita biar gambar je yang bercerita
apa yang penting bagi aku, tengok abah tersenyum..
happy, gembira, bila dia tengok anak2 cucu2 ada depan mata
walaupun anak2 lelaki semua dah tak ada..
semua ikut mak..
dan anak2 pempuan tabah macam abah kan?
hehehe..insyaallah..
i'm mean it..
aku bercerita pasal isi hati aku..
tapi tidak semua..
sebab aku tak reti nak tulis berkias2..
yang ada pun semua direct to the point..
nak ber melankolik ke metafora ke flora n fauna ke serius aku tak reti..
sebab aku memang kurang subjek2 macam tu..
bagi aku biar pahit, pedas tapi sekurang2 nye kita tahu rasa yg sebenar daripada kita tertanya2 apa rasa nye..hmm..
kalau rasa manis, manis la dia
kalau rasa masam, masam la dia..
ok, nanti2 aku update lagi..
bukan ada orang baca pun kan..
hahahha..
my pride is my priority..

wassalam..

nota jari:
ahad ni biirthday my sister..happy besday to u sis Intan..hopefully u'll get what u want, what u've dream to be realize..love u alwiz..=)

Weblog Popular 1Malaysia.

weblog malaysia


Denaihati ingin mencari Weblog Popular 1Malaysia dalam jutaan weblog di Malaysia. Hadiah yang ditawarkan adalah lumayan!

Kontes hebat ini disponsor oleh sponsor2 yang hebat juga:
SAUDACARE, ANISHA ONLINE MALL dan One Malaysia Blogshops (Directory Blogshop Malaysia)

Saya suka dan amat tertarik untuk membaca blog Fynn Jamal atas sebab setiap entri yang beliau publish di blogspot ini sangat menyentuh jiwa setiap yang membaca..gaya penulisan dari metafora nya sangat sesuai dan bahasa yang digunakan terlalu simbolik..

Saya tahu contest Weblog Popular 1Malaysia dari blog Precious

Jom join Weblog Popular 1Malaysia.

Contest ini tamat jam 12.00 am pada 30/10/2009.