Wednesday, August 26, 2009

abah

emak

malas

jam dah pukul 5..tapi aku still kat ofis lagi m'update blog nih..
saje jer..dah tahap malas giler dah nih..
letih+ngantuk+lapar = malas..
aduyaii..tapi bila sampai umah, konpem penat aku malas aku semua hilang..
huhuuu..hebat kan?tak hebat pun..memang dah kena buat semua2 tu pun..aiyarkk..
hari ni ingat nak ke bazar nak cari buah..i miss fruity..huwaaa..
rasa tak best bila berbuka takde buah-buahan segar..
tapi cuaca kat luar tu gelap semacam jer..moody jer..macam aku..
entah kenapa hari ni aku rasa bosan kat ofis ni..
rasa nak balik umah jer..huhuuu..

hujung minggu ni cuti sampai isnin..
best
nak balik kampung ngan along..
hopefully kali ni takdela aral melintang..
aku dah lama sangat tak balik..
nak balik juga walaupun kejap.
nak bagi tenang hati ni bila tengok muka abah yang sorang tu..
yela, teringat zaman-zaman sekolah..
pukul 4 pagi abah kejutkan suh siapkan sahur..
arwah abg akan teman kat dapur sambil jerang air..
kami hidup bujang..tanpa mak..selama 4 tahun..
dari aku form 2 sampai form 5..
tiap kali nak puasa, aku doa banyak-banyak kat Tuhan supaya dia bagi aku kesihatan sepenuhnya, biar aku dapat puasa, dapat bangun sahur, dapat masak buka ngan abah, buat kuih tempeyek ngan abah (walaupun panas)..
alhamdulillah allah makbulkan doa aku..syukur sangat-sangat..
tapi part paling sedih raya haji..
bila aku dok umah sorang-sorang, pegang penyapu, duk kat tangga, dengar takbir raya kat radio..aku nanges..masa tu adik beradik aku sorang pun x balik..
sedih beb..abah ngn arwah abg g masjid takbir raya.aku kat umah melalak atas tangga..
sekarang akan nanges pun sorang-sorang dalam bilik bila tulis diari..
semuanya aku..
dan aku inilah semuanya..
dulu kini, selamanya..
tak pernah lepas dari dosa..
tak pernah pinta semua-semua..
hanya pinta satu dari Tuhan beri aku kesempatan untuk tebus segala dosa..

nota hati:
aku penat...

Tuesday, August 25, 2009

4 Ramadhan 1430 Hijrah

dah masuk hari ke 4 puasa..
malam tadi dengan semangat ikut abg ipar dan anak-anak bertarawih
kakak terpaksa tinggal di rumah dengan anak-anak kecil yang sedang ketiduran
kali ni ke surau jenaris..surau kecik jer..
tapi biar kecik isi penuh..
dan aku memulakan rakaat pertama tarawih dengan hati yang tenang dan jiwa yang sihat
alhamdulillah..
dan iye..aku jatuh cinta dengan suara imam yang mengalunkan Fatihah dan ayat-ayat al-quran terpilih
sangat indah
sangat asyik
bacaan nya..
usai 8 rakaat tarawih dan 3 rakaat witir..
aku balik rumah dengan rasa seronok..
Alhamdulillah..
sebenarnya badan aku ni sakit-sakit sebab dah lama tak buat solat lama-lama ni..
hehehehhe..
kesian aku..
cakap pasal kesian,
kesian sama kakak aku, yang belum sihat sepenuhnya
batuk yang menjadi
sakit dada..
haih..
menakutkan
dan malam tadi adam pulak demam
badan dia betul-betul panas..
aku sendiri yang rasa sebab dia baring kejap atas aku
pagi tadi dia tak bangun sahur dan merengek sakit kepala.
aku dengki "adam nak air jagung lagi?"
hehehheee...kejam
takdelah..aku sygkan semua anak-anak buah aku
diorang je tak tau sebab aku garang..=)
hari ni juga adam tak puasa..sebab dia kekurangan air dalam badan
seb baik hawa jenis tak kisah..
bagus si hawa ni..kuat semangat
apa pun aku harap puasa sebulan ni beri banyak kebaikan bagi aku sekeluarga
dan tahun depan agak-agak aku sambut puasa dengan famili akak aku lagi ke tak ehk?
hehehhee..
wait and seee....

Monday, August 24, 2009

sleepy mode

seriusly aku mengantuk yang amat..
rutin harian dah tukar mula dari hari sabtu hari tu..
tiap hari kul 4am dah terpacak di dapur..
masak sahur..sabar..
bulan puasa memang banyak bagi ujian..
ujian sangat-sangat..
so aku kenalah bersabar banyak-banyak..
kalau tak rugi je puas..
malam tadi aku tak tarawikh..
lepas berbuka jer satu badan ni rasa bisa-bisa..
memang dah tak larat dah..
stay kat umah ngan my sis..
dan dia dari awal puasa lagi dah sakit..
kesian dia..
aku harap dia cepat-cepatla baik..
hujung minggu boleh lagi aku tolong-tolong waktu pagi-pagi ni
tapi lau weekdays?sapa nak tolong..
konpem-konpem aku keje..
balik kul 5.30pm..
aku cuma boleh tolong sediakan berbuka je la..
ya allah..
kuatkan semangatnye..
beri dia kesihatan yang sempurna..
sembuhkanlah penyakitnya dengan kadar yang segera..
aminn..

Friday, August 21, 2009

ramadhan..

salam..
kepada semua rakan-rakan taulan,
seluruh ahli keluarga,
jiran-jiran,
seluruh umat islam,
yang tersayang dan tak sayang...

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK~~
semoga ramadhan kali ini lebih memberi makna kepada kita dan memberi banyak manfaat dan kebaikan untuk diri kita dan juga orang lain..same goes to me..
aku harap ramadhan tahun ini memberi aku peluang untuk meningkatkan apa yang tak bertingkat lagi..ahakss..
betul-betul..bukan main-main..
sebab aku tau aku tak sempurna..
dan kesempurnaan itu milik Allah yang abadi..
the Greatest is the Perfect..(apa aku mengarut)

dan juga, moga Allah makbulkan impian aku dan cita-cita aku walaupun aku tau bukan senang untuk aku dapatkan tapi aku akan cube juga..slow macamna pun aku tetap akan dapatkan..impian apa?Allah sahaja yang tau..=)

malam ni kalau jadi, aku, along, kak intan n family, kak sim n family nak balik kampung sambut puasa ngan abah..hopefully takde aral..bukan senang nak kumpul2 macam ni kan..tapi aku open.mana2 pun boleh..yelah..single lagi kan..pada yang dah berkeluarga tu agak payah la..yelah kakak2 semua dah kawin..so kenala ikut cakap suami kan?hehehe..semau tu ada kebaikannya..setiap apa yang Allah buat ni ada sebab dan hikmahnye..kita pulak kena terima dan redha..ermm...sau pengajaran untuk aku yang bujang lagi ni..

oklah, nak sambung buat keje..ke main game ke..hehehe..
selamat semuanya..=)

nota tangan:
rasa sangat teruja nak sambut ramadhan tahun ni..agak2 tahun depan macamna ehk??

Friday, August 14, 2009

cahaya kasih




Sinopsis Nur Kasih Episod 12
Nur Amina memulakan pekerjaannya. Tanpa diketahui, Adam juga turut bekerja di pejabat yang sama dan Adam merupakan kawan baik kepada bosnya.

Keadaan Katrina semakin teruk. Aidil menyarankan Adam membawa Katrina berjumpa pakar sakit jiwa untuk membantu memulihkan Katrina.

Sarah pula cuba mendekatkan dirinya dengan Aidil.

banyak-banyak cerita melayu yang aku follow..sebab aku ni bukan kisah pun cerita melayu ke apa ke..yang penting cerita tu best dan ada mesej tersendiri..even akak aku yang tak suka cerita melayu pun boleh suka cerita ni..seriusly aku leh nangis tengok cerita ni..aku suka watak nur amina..dan aku suka nama dia..sangat cool..haha..teringat kt arwah mak, nama dia Aminah..=)
apa2 la..

yang penting kredit untuk pengarah dan creator cerita ni..sangat menjadi..i likeee..malam ni tak sure sempat ke tak nak tengok..adess..takpe, tv3 online kan ada..okla fellows, enjoy the best drama in malaysia!

denting daun jatuh



apa yang aku boleh katakan..
kita memang diciptakan sebagai sesuatu yang tidak kekal
dan dalam pada yang tidak kekal itu kita hanya boleh kekalkan 3 yang utama
ilmu, amal, soleh..
dan semalam, 13 Ogos 2009, pejuang Islam yang terkenal, kembali ke rahmatullah..
satu kehilangan yang besar bagi aku berbanding dengan pemergian yang sebelum ini..
itu hak masing-masing..
tapi tak perlu lah diceritakan kehebatan atau keaiban orang-orang yang dah takde ni
tak ada faedah pun..bukan kau dapat nama pun..mungkin lepas kau mati baru kau dapat title..title "arwah" itu je yang ko dapat
ada baiknye diam dan sedekahkan doa untuk yang dah pergi..
orang dah takde..tayangkan balik cerita-cerita dia dan gambar-gambar dia yang kurang sempurnanya dari segi agama pun bukan dapat kebaikan..
bagi kesusahan adala pada si mati..fikir dalam la sikit..
tapi bila pagi tadi aku tengok MHI, masa ahli-ahli rabbani usung jasad Ustaz Asri masa arwah rebah tu, aku rasa sebak, sayu..

moga Allah ampunkan segala dosa dan Allah tempatkan beliau di kalangan orang-orang yang beriman..
dan begitu juga aku dan seluruh ahli keluarga aku..
moga Allah ampunkan segala salah dan silap kami dosa-dosa kami sepanjang kami hidup..
aminn..

Al-Fatihah..

Wednesday, August 12, 2009

rindu terpalit..


----------------------------------------------------------------------
kema : salam, thanx sbb dtg kenduri hr tu..n tlg ape2 yg ptut

hani : salam..hehe..my pleasure..xde apa sgt la kak.tp x dpt main ngn afrina puas2..rmai org..hihi..

kema : afrina mkin meragam je dua tiga hr ni.tido x nk.nangis je nak susu..abah die lak x de..

hani : yeke..cian dia.bg susu puas x dia minum?dia rindu kt abah dia kot.cube lau dia tdo akak slimutkan ngn kain abah dia.

kema : dia minum susu smpai muak2 dh..smlm dr kul 7 akak bg susu bdn smpai kul 11. x mau jgk lelap mata.akak pn rse dia rindu abah die.

hani : da betul la tu.akak cubela bg kain plikat abh dia.ne tau kn.bdk kcik ni kdg2 cmtula.nk dua2 ad sblh dia.

kema : oo, yeker?nnti akak try.hrp2 mnjd la..mama akak dok ckp die lapa.x kn bg susu dkt 2,3 jam x puas.susu smpai tumpah2

hani : bby lau merengek, smada dia lpr, prt kmbung (ubun2 sjuk), rndukan ibu or abh dia.akak cubela.insyaallah..

*sms senyap kejap

kema : thanx hani bg petua tu kt akak..akak terus balut afrina dgn kain pelikat abh die.senyap langsung x merengek.tdo lg dgn aman.

hani : alhamdulillah..suke sgt..adik afrina ni ad2 je.cian ibu dia.biarlah dia tdo.akak pn rehatlah..msti pnt kn

kema : nnti nk petua, mtk kat hani lg ek.

hani : haha..boleh..lau ad hani bg..nti bila dia duk ngn abh dia jd cm2 bg kain akak plak.tbalik..hehehe..

------------------------------------------------------------------

end like that..
aku berkongsi apa yang ada..
ilmu Allah bagi untuk di kongsi..
aku pun belajar dari orang-orang yang berpengalaman
insyaallah..dengan izin Allah..
serius aku suka sangat bila dapat legakan hati orang lain yang gundah gulana..
bukan nak bangga ok!
aku suke sebab aku dah anggap kak kema macam kakak sendiri..hehehe..
dan adik afrina anak saudara auntie hani..heheheh..jangan nakal-nakal lagi..tak lama lagi abah balik la ye sayang..sian kat ibu..penat dah tu..hiii..

satisfied!



alhamdulillah..akhirnya dah sampai shawl yang diidam-idamkan..
order hari isnin hari ni dah dapat..thanks yaya..kalau ada sapa-sapa yang berminat dengan shawl cantik-cantik gi la jumpa yaya kat sini http://magicshawl.blogspot.com..
memang puas hati..servis yaya pun sangatla bagus..dan bila orang layan kia bagus kita kenala wat bagus juga kat dia kan..jangan palatkan dia pulak..lagipun yaya ni sangat sweet..mummy to be dis september..hopefully she will success in everything she do..aminnn..

lepas ni tunggu yaya upload ribbon..lau berkenan and berpatutan akan di usahakan untuk mendapatkannya di http://magicribbons.blogspot.com pun cantek-cantek all the stuff..sila lah jamu mata ye..



yang ni plak, sedang diusahakan untuk mempromosikan..cuma belum kesempatan..terlalu sibuk la sekarang dan masih mencari konklusi nya..ada yang berminat pm me on mozilla_4teen@yahoo.com..thank u =)

have a happy day!

Tuesday, August 11, 2009

@#$&%*^#(

ap tajuk entri?bahasa ibunda mahluk asing pun tak macam tu
tapi sesetengah orang mungkin anggap aku tengah dalam hangin puting beliung yang telah collapsekan bangunan kat Taiwan..hahhaa..aku ok jer..cuma ada benda yang serabut sikit dalam pale otak..ikutkan taknak post pun kat sini..tapi as a reminder to me and all people out there..jangan ikutkan nafsu yang berakal..itu jer..

aku tak mahu mengisahkan tentang apa dan siapa cuma kalau boleh bila bersaudara cuba lah cari jalan untuk tidak menyusahkan saudara yang lain..sebolehnye kita menyenangkan hati sesama sendiri..barulah aman hidup takde bermusuh-musuh..kan?tapi entah kenapa rasa tak puas hati tula yang selalu jadi raja segala perasaan dalam hati kita..termasuk aku..kalau pandai kawal pandai la luahkan..jangan salah luah cukuplah..macam rasa tak puas hati dengan orang tua..kalau nak luah pun dengan cara elok..bukan kasi hantam bantai terus cakap merapu rapan itu ini sampai orang tua punya otak pun leh jam tak faham sat hape pun..patut ke macam tu?lagi satu, jangan tamakkan harta dan kasih sayang..semua tu bahagi sama rata..adil..takde yang merajuk or tak puas hati..dan pulak pada mana yang dapat durian runtuh hasil dari badan-badan yang bertanggungjawab untuk bertanggungjawab menaja kehidupan seseorang yang telah kehilangan daya ataupun mati, jangan tunjuk sangat kau banyak duit..ya, mungkin itu rezeki engkau..tapi engkau juga yang tak suka orang berkata itu ini, walhal kau sendiri yang buka harum didada kau..ada fikir?cukup..

untuk yang jadi fire stone pulak, aku rasa baik orang-orang macam kau ni hidup kat zaman batu lagi bagus..hidupkan unggun api supaya penghuni-penghuni tu boleh bersorak "huhu haha!gugu gaga!!" what so ever..kau memang tak layak hidup zaman ni..kau tak di perlukan dari sudut apa pun..menyusahkan..kalau aku lah tak ada kesabaran, dah lama aku cincang kau lumat..biar aku jadikan bahan pembakar..nak??sanggup??jangan cuba nak tonggang terbalikkan segala periuk belanga, jangan cuba nak lagakan segala kepala kalau kau tak nak rasa pedih kat muka..aku bukanlah seorang yang sempurna yang hanya boleh duduk diam dan menganggukkan kepala..aku ni API juga..kalau kau rasa aku belum cukup panas untuk kau, meh la..aku hangatkan muka kau dengan lintang kasar di 2 tapak yang aku ada ni..mahu?waktu itu aku tidak kenal engkau siapa dan asal kau dari mana..faham?

cukuplah aku membebel..

Monday, August 10, 2009

kembali ke asal

bismillah..

dah kembali pada asal..
hari isnin..hari paling 'M' sekali bagi aku..
mungkin juga bagi orang lain..
hari pertama dalam seminggu bekerja..
haih..
letih badan ni aku je yang tau
orang lain tak tau
orang lain nampak aku hanya melepakkan diri
oh, tidak!
aku sangat-sangat penat dan sakit-sakit badan
rasa tak daya nak kerja dan rasa mahu tidur..
sebab aku pun kurang pasti kenapa aku sekarang ada masalah tidur
maksud aku bukan aku tak tidur
tapi aku tak dapat tidur yang berkualiti
tidur yang tak seronok
bila aku tidur waktu malam rasa sangat sekejap dah subuh
haih..
mungkin perlu pembaharuan isi katil ataupun perlu bertukar katil dan tilam
serta teman tidur selain dari encik patrick..
huhuhhuhuuuu..
mungkin juga..
tapi sabar lah..
belum berkemampuan dari segi wang..
kena sabar banyak-banyak
dalam bulan-bulan terdekat nanti bertambah lagi masalahnya bila mana mungkin aku tiada kerja..aduhaii
sabar...
astaghfirullah..

---------------------------------------------------

sabtu, 080809,
ke rumah encik assraf
ada kenduri akikah untuk anak saudaranya
NUR AFRINA WAFIYYAH MD AZIZI
adik dah sebulan besarnya..
cik hanie dapat bagi kasut comel tu je
hehehe,,
hopefully afrina suka ye..
untuk nenek,atuk,mak long, pak ngah, ibu, abah, pak teh and pak cu cik hanie bawakan kek coklat and puding roti..ok kan?
cik hanie tak sempat nak main-main ngan afrina
sebab sangat ramai orang and cik hanie pun buat kerja kat dapur je la
lagipun pakteh and yang lain-lain sibuk layan tetamu
kenalah cik hanie pandai-pandai bawa diri kan..
takpe..cik hanie dah biasa..
nanti lau afrina dah besar sikit kita main sama-sama k
leh main sekali ngan anak saudara cik hanie, kak icah
=)
apa pun cik hanie harap bila afrina dah besar jadi budak baik cam ibu and abah..
macam pak teh juga =)
ermm..sayang afrina..
next time kita jumpa lagi ehk..mungkin raya?
insyaallah..

Friday, August 7, 2009

biarlah berlalu..

dah 2 hari tak kerja dan 2 hari tak jenguk blog nih..
demam melarat..tapi bila check doktor dia cakap takde apa..
bagi ubat itu ini..bagi duit..balik..
hrmmm..
mungkin aku penat sangat..
tapi bukanlah aku untuk mengada-ngada mencanang cerita yang aku penat..
haih..
mngadu domba pada cik abang tersayang jer..
seb baik dia memahami dan cuba memujuk..
dan alhamdulillah..syukur pada Allah..
kali ke-3 check di klinik kesihatan kerajaan yang agak ramai tetamunya..
bila check, doktor kata ok..
tak perlu amik darah..aminnn.
aku leh senyum..
tak perlu menyusahkan orang lagi..
alhamdulillah..tak perlu buat orang risau and marah-marah..
aminn..syukur sangat-sangat..
cuma sekarang tinggal selsema..
sikit je lagi..
tadi dapat makan nasi ayam kat tesco..best sangat..
my paveret..ehehe..
pas solat, kawan racun beli gelang plastik RM5..
tapi serius chantek..
tapi tak amik gambar..hehehhe..
ada aku kesah?
mesti ada orang cakap camtu kan..ekekekee..
dah masuk hujung minggu dah pun..
esok sabtu ada kenduri kat umah en.assraf..
tak sure laginak pegi ke tak..
haih..
fikir-fikir lagi..sebab nanti orang ramai sangat..
segan la..
tu yang utama..MALU..
sebab lom ada apa-apa ikatan lagi even tunang pun..
tapi tak apala..balik kang tanya ngan akak dulu..
lau dia kata ok, ok lah..
tapi macam kesian pulak ngan akak..
camne ehk..=(

Tuesday, August 4, 2009

aku sambung entri semalam

ok, itu jer gambar-gambar yang sempat di ambil..yang lain-lain ada kat kamera my sis and my sis..serius frust sebab tak sempat bercinta ngan matahari jingga..huhuuu..takpe..suatu hari nanti akan pergi lagi..dan waktu itu bersama kekasih yang sentiasa di dada..hahahhaha..aku sukeee..layannnn..


ketam yang masin..

antara makanan-makanan yang di makan..sebenarnye ada banyak lagi..=)

beach gurl..

abang jerit kat waiter tu "cepatlaaa.."

tengok gigi saya..tak ada..hahhaa

ibu dia pun sangat lapar agaknye..

mari jumpa sojar putih

dia sangat lapar nampaknye..huhuu.

Monday, August 3, 2009

bulan-bulan sibuk

bismillah..

hari ni start keje dah masuk bulan August bulan 8 bulan kemerdekaan..
dan demam + batuk aku masih bersisa sampai la sekarang..malam tadi sampai rumah kul 9pm++..letih yang amat bila icah tak mo tido dari RNR Behrang sampai la Kajang..jap menjerit, jap menangis..haih..budak ini..
tapi takpela..practise make perfect..hhahahha..mengarut dowh..

aku dari mana?
hehehee..coti-coti..ke Lumut Perak..
kebetulan my sis ad Family Day MIDA untuk celebrate her bos yg bakal pencen..
and at the same time my sis yang kat Lumut pun hubby dia ada family day KD Jebat..
so we all join together la untuk memeriahkan majlis..=)
penat sangat..penat makan sebenarnye..balik umah semua bongkang..aku tido sampa kul 5pm..bangun mandi siap-siap keluar lagi..kali ni ke Billion, Manjung..akak nak cari baju untuk Afif n Icah..
dan aku sendiri, i bought a pair of shoes for myself..=)
kasut lagi..sebab lawa and susah nak cari kat kajang ni kan..
so now i got one already..
pastu takde g mana-mana dah..buah tangan pun sekadar ikan masin dan ikan bilis..
akan diberi pada mama babah..hehehe..ambik hati sikit..=)

hrmmm..lagi 2 minggu lebih kurang..nak puasa dah..hopefully puasa kali ni aku jalani dengan penuh dedikasi..ekeke..ayat..
takdela..harapnye puasa kali bawa satu kelainan dalam diri aku..untuk diri aku yang tak pernah sempurna ni..dan raya kali ni biarlah masih bersama abah..
abah..maaf ye..
dah sebulan tak balik jenguk abah..
rasa macam teruk sangat..
tapi apa kan daya..tiap minggu ada jer aktiviti nye..
dan tak lama lagi aktiviti aku bertambah pack!
ad project baru akan tiba..
tungguuu....
=)
ok lah entri kali gambar lom sempat upload..
akan di upload kendian k..
enjoy and cheers!!!

bukunota:
*hopefully my wish will be His command..aku mau sesuatu kelainan dalam hidup aku..untuk tidak dipandang rendah dan untuk tidak terasa rendah..