Friday, May 29, 2009

sudah akhir hari..malam yang seri

dalam bulan ni x banyak entri..maknanye aku ok..
alhamdulillah..syukur dengan nikmat yg Tuhan berikan..
segala keamanan di hati dan jiwa nurani..
dan hari ini merupakan hari terakhir bagi aku yang kerja sampai hari jumaat je dalam bulan mei ni..masuk minggu depan dah bulan Jun..
cepat masa berlalu..
lambat detik waktu..
yang aku tunggu..
sabar..untuk bersatu..

dan malam ini akan disaksikan oleh pasang mata dan telinga dan juga segala panca indera yang ada..sahabat yang dulu menangis merayu apabila rambutnye yang panjang hingga ke punggung itu akan sah menjadi suri hati seorang insan anak adam yang berjaya mencuri hatinya yang sangat kental itu..haha..AYNA..gabungan nama kami dari zaman sekolah yang aku ciptakan..
dia, manis,garang, rajin, pandai, dan kadang2 gelabah..hahaha..itulah dia ERNA..pendek je namanye..tapi orangnye agak tinggi dan chantik..u gojes syg..aku harapkan dia akan jaga kau sebaik mungkin sebagai mana kau telah mencuba yang terbaik untuk menerimanya dahulu..
hey..pastikan ukirkan senyuman yg manis dan indah malam ini untuk dijadikan memori..
aku sayang kamu sangat2 tau..

*sedih*

*senyum*

tunggu aku pulang esok hari dan bertandang ke syurga indah kamu..
jangan menangis lagi ok..
selepas malam ini kamu sudah punya suami untuk berlindung..
tiada lagi aku seperti di darjah satu dahulu..
haih..memori..sebab tu juga aku tak hendak datang malam ini..
pasti aku yang emo..hahahha..hilang kawan bujang..huhuhuu..

ok, cheers ya sayang..

Semoga jadi isteri dan bakal ibu yang baik2 suatu hari nanti..aminn..

Selamat Pengantin Baru:
ERNA & ZAMRI
30.05.09

Thursday, May 7, 2009

limbungan hati dan kasih

aku terjebak lama sudah dalam semua ni..
tak mampu untuk aku berbalik semula pada yang dahulu..
tapi tak bermaksud aku tidak suka dan redha..
aku sekadar okay dan sangat bersyukur untuk semua ini..
atas segala kurniaan dan rahmat Nya..
waima aku terkadang ranap dan hancur..
cuba untuk bangkit dan gagahkan segala sendi-sendi dan tulang belulang..
cukup musim keranapan dan kehancuran yang pernah aku ciptakan dahulu..
tidak sekali aku letakkan berat salah itu di bahu tuan yang lain..
di bahu tuan yang tidak berbau dosa..mungkin..
dan aku terima itu untuk satu dan tiga ujian yang harus aku hadapi..
dan lima dan tujuh ujian lagi bakal mendatang dan akan terus datang sampai benar-benar tiang jambatan itu kukuh dan tak goyah..
untuk diri yang terlalu banyak kekurangan..
sedekahkan lah aku pelita itu untuk terangi jalanan yang suram..
walau cahaya nya samar tapi masih membantu menunjuk jalan..
untuk lihat terus ke hadapan dan belakang itu cuma kenangan..
menyediakan diri dengan mukadimah-mukadimah yang bakal diberi..
mempersiapkan hati untuk segala tohmah dan caci..
memperindahkan jiwa untuk segala macam rasa..

Tuhan,Perdengarkan aku untuk segala kalimah Mu yang besar dan agung
Perkuatkan ketahanan diri ini dengan kasih Mu yang melaut
Perindahkan jiwa ini dengan nur Mu yang memancar
Aminn..

*Leaving the darkness and emptiness to be in the site of shine and full of happiness :)

Monday, May 4, 2009

bulan baru..

masuk ofis setelah berlama-lamaan cuti..
ada sama abah dan kakak datang dari kampung
riuh sekejap rumah untuk 2 hari
seronok dan letih
yela..hari-hari yang tiada hujan
tapi alhamdulillah..
angin sejuk sentiasa ada..
nature is nice..
spending the time with Abah is such a gud moment i have..
bila lagi kan, berbual-bual bersama si tua itu tapi masih kacak walaupun kedut seribu jelas di wajahnya..
aduhai..sangat indah dan mengasyikkan..
jadikan satu memori kala mana suatu hari pasti dia di jemput 'pulang'
mungkin waktu itu aku sudah kembali menjadi si anak kecil yang menangis kerana tidak dapat apa yang dihendakkan..sakit..
what ever it is..aku masih berdoa dan tetap berdoa supaya dia terus dipanjangkan umur dengan kesihatan yang sempurna..amin..
walaupun aku tahu aku tidak dapat untuk menghalang segala qada' dan qadar Nya kan..
cuma yang pasti aku harap kan aku masih punya waktu untuk membahagiakannya..
punya waktu untuk melihat dia terus tersenyum..
punya waktu untuk terus bersembang-sembang..
punya waktu untuk membelikan persalinan baru untuk hari raya..
punya waktu untuk mendengar dia mengaji dan berzikir..
punya waktu di mana dia bisa melihat aku bahagia dengan pilihan hidupku..

Tuhan,
bolehkah beri semua kesempatan itu untuk aku?
bolehkah beri semua peluang itu untuk aku?
aku tahu Kau pengasih dan penyayang
dan aku tahu Kau pasti beri peluang itu untuk aku ini
bolehkan Tuhan?
rabbanaa aatinaa fid dunyaa hasanah..
wafil aakhirati hasanah..
waqinaa 'azabannar..