Friday, February 26, 2010

masih

sampai saat ini, sampai hari ini..
aku masih disini.
kerja di syarikat yang sama,
cuma lokasi yang berbeza
alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan
terima kasih Allah

dan untuk diri ini juga
masih menyintai insan yang sama
tanpa rasa jemu
tanpa rasa sangsi
semoga jodoh ini panjang sampai ke akhirat
ku mohon itu untuk kebahagian kami
cukuplah hidup yang disempurnakan dengan bahagia
apa adanya..
insyaallah..

Wednesday, February 3, 2010

hari seterusnya

semalam balik keje agak awal
terlalu letih semua badan
dari otak sampai hujung jari kaki
sangat malas nak berfikir sebab dah terlalu serabut
sampai la hari ni..masih serabut
apala aku nak buat
segala macam cara dah aku buat
tapi macam tu juga
aku penat
letih

Tuesday, February 2, 2010

semalam dan hari ini

dua hari yang berbeza
pada nama pun dah nyata perbezaannya
dan untuk kesekian kalinya aku terima semua rasa
semua rasa yang jadi satu BENCI!

aku memang perempuan perak lagi bodoh dan hancur
kalau itu yang dah nyata dari awalnya kenapa kau cari aku?
kau dah nampak tapi kenapa kau tak biarkan
bunuh kan saja perempuan macam aku ini
apa lagi gunanya untuk kau simpan?
aku ni sampah kau tau?
kau sudah tau lama bukan?
aku ini memang sampah
tapi ada aku kesah?
sampai mati pun aku tak pernah kisah apa kau nak pandang aku
ini hidup aku
kalau kau punya keluarga yang terbagus dalam hidup kau
untuk kau dapat segalanya dengan mudah
tapi aku
aku punya BAPAK yang terbaik dalam hidup aku dunia aku akhirat aku
nokhtah.
aku tak punya sesiapa selain dia.
dan Tuhan itu satu
yang juga sayang pada aku
tak pernah membenci aku
yang setia mendengar segala macam rasa dari diri aku
kerana DIA yang menciptakan semuanya
dan DIA juga yang akan merenggut semuanya
kalau kau rasa punya hak untuk segala macam rasa.
aku juga punya yang sama
semua rasa yang sama
yang dah pun menjadi satu- BENCI!
kebodohan aku di tahap maksimum
memang sial!

Monday, February 1, 2010

010210

salam pembukaan..
tersangat sibuk dan serabut sampai aku takde masa dan idea untuk blog sendiri.hari ni aku paksakan juga.dah masuk bulan ke dua dua ribu sepuluh ni.dan aku?apa kes?aku ok.setakat ni alhamdulillah ok.cuma sebelum2 nih agak sibuk sebab ofis aku pindah.dan aku ikut sekali pindah tapi mungkin hanya untuk sementara waktu.sebab terlalu jauh dan aku tak nak susahkan sapa2 termasuk kawan kerja sendiri.tambah pulak akak aku takde yang nak tolong.terpaksa berkorban.insyaallah ada hikmahnya.
dan unutk dua ribu sepuluh ni aku bersyukur sangat sebab acap dah dapat keje.alhamdulillah..walaupun agak jauh dari rumah tapi sedia maklum dia rela berulang alik..alhamdulillah..tahniah..

dan hari ni,satu februari dua ribu sepuluh, ulang tahun hubungan kami yang ke empat..alhamdulillah..semuanya berjalan lancar..kami masih menunggu hari.hari yang bahagia mungkin.insyaallah..minta2 doa kami dimakbulkan dan Allah permudahkan segala urusan..aminn..

takde sambutan takde makan2 or hadiah.tak penting sebab bagi aku yang penting keikhlasan hati masing2..cukupla dua hari lepas berjumpa.hilang juga rasa rindu..
cukupla pasal aku dengan dia.

family?awal tahun hari tu abah sakit sampai masuk hospital.aku cuti dua hari untuk awal tahun.alhamdulillah bos memahami..syukur sangat2..dan dalam masa dua hari tu abah pun dah boleh keluar wad..ya tuhan..aku bersyukur sangat2 pada engkau..terima kasih sebab memberi kemudahan kepada abah.masa dengar abah sakit aku dah rasa macam gelap sekjap dunia aku.macam2 aku fikir.tapi cuba atasi semua fikiran2 yang serabut tu.yang penting malam tu juga balik..kaki abah bengkak sebab gaot + kuman dalam paru-paru, kolestrol tinggi..berjalan pun terpaksa dipapah sebab dua2 kaki bengkak sangat2..kakak aku pun sama tak sihat. dugaan..syukur semuanya dah berakhir..cuma sekarang abah kena jaga makan, kena ambik ubat ikut masa.supplement pun kena ambik gak..takpela.as long as abah bertambah sihat..semoga panjang umur dan sihat-sihat selalu.abah kena kuat semangat ok!huhuuu..i love u so much..

selepas ni apa yang jadi kita tungguuuuuu...oqay! doakan aku dan acap panjang jodoh dan dilimpahi rezeki serta dilindungi Allah selalu..amin..doakan kalian juga begitu..sayang semua..

nota kaki: selamat ulang tahun sayang...

Wednesday, December 30, 2009

makinlamamakinrasanakmati

jiwa kacau
jiwa tak karuan
aku tak tau nak pk apa
berkecamuk
tiap apa yang aku cakap salah
semua pun
semua pun kata aku cakap tak guna otak
tak pernah fikir apa yang nak di cakap
semua pun salah aku juga
aku ni apa ha??
tunggul agaknya yang tak boleh cakap apa-apa
tak boleh bersuara untuk pada apa yang diutarakan
dibaratkan ditimurkan
semua nya aku kena ikut saje
EMO?
ye aku memang emo
segala nenek emo ada dalam diri aku sekarang
lau aku pegang parang konpem aku dah bunuh diri sendiri
bukan orang lain
sebab aku rasa aku ni macam perosak kebahagiaan orang lain
porak perandakan orang lain
semuanya pun aku
aku punca orang lain kena marah
aku punca orang lain dipersalahkan
betapa tak gunanya aku ni hidup
kenapala abang2 mak tak bawa aku sekali pergi?
biarlah orang nak kata aku ni gila
tak waras
memang itu aku
akal cetek
tak pernah berguna
macam bawa sial pun ada
harap maaf

Monday, December 28, 2009

another new year come

feel to fall..
and a road to be taken

itu yang aku rasa sekarang
tak semuanya mudah
tak semuanya indah
tak semuanya payah

aku redha dengan semua kepergian
aku ikhlas merelakan
aku terima apa jua alasan
aku betah semua cacian

sebab aku masih mahu hidup
masih mahu menghirup
masih mahu berteduh atas limbungan kasih yang redup
biarpun antaranya tak dapat aku kucup

kemungkinan yang memungkinkan sangat menyesakkan nafas
sangat menghimpit perasaan
minta untuk dipermudahkan segalanya
biar aku terus merasa lega dan lena

dan selamat tinggal untuk setiap saat dan masa dan juga tarikh-tarikh yang pernah satu waktu terlalu menyesakkan dan menyiatkan.
aku tak berharap tapi aku meminta agar another new year come nanti beri aku satu kepuasan, kebahagian dan ketulusan hidup yang aku cari.

amin.

notahati: doa agar kalian semua terus dilindungi dan dicintai yang Maha Esa..

Friday, December 4, 2009

final

dah sampai bulan 12..dan semakin jarang untuk post blog..x ada ap yang menarik untuk di cerita, dikonsi dan sebagainya..

*dan sebagainya*
ayat yang paling popular masa sekolah dulu bila buat karangan..konpem2 ada ayat ni untuk panjang2 kan ayat..hahaha..aku rasa bukan aku sorang yang suka guna perkataan tu kan?hahahha!

banyak lagi sebenarnya ayat2 yang diguna pakai dalam karangan sekolah2 ni dulu..tapi aku tak ingat..sebab aku buat karangan ni dari hati..sebab tu bila time peksa konpem2 aku tak ambik karangan fakta..aku lebih suka karangan mereka-reka dan merapu-rapu nih..i likeeee...heheeehehe..dan sekarang juga aku tengah merapu dalam blog ni..

bukan apa, aku sebenarnya agak tensi..tensi dengan life aku sendiri..bukan tensi sebab orang lain..tapi be serius aku tensiiiiii!!!!! yang tak dapat dibendung lagi..yang mampu aku buat cuma diam..diam dengan berfikir..bukan diam kosong..aku tengah fikir mana aku nak cekau duit nak bayar deposit umah lau konpem aku pindah..mana aku nak setup umah sewa tu lau bos aku sendiri tengah angin puting beliung sekarang ni gara-gara maid dia dah berhenti keja..dia punya stress tu sampai 1 company effect..alhamdulillah ada juga side income yang tak seberapa tu..aku terpaksa la ikat perut lepas ni..hahahaha..kurus2..semakin sewel nampaknya..

dah masuk cerita lain dah..banyak benda aku nak settle bulan ni..serius banyak!dan banyak duit nak pakai..tapi aku lebih pada yang memerlukan..segala kehendak aku sendiri aku tolak tepi dulu..fikir mana yang penting je..takpela..hari ni hari mereka..mungkin satu hari nanti hari aku kan?sapa tau?

*ada sapa-sapa mau ikut berbaring di tengah2 highway?*

notakasut: aku nak beli kasut baru..tapi mungkin terpaksa lupakan dulu..huhuu..saving tu penting..aku ni dahla pengecut!