Monday, July 20, 2009

superb weekend

tak macam hujung-hujung minggu yang biasa..pagi lagi akak dah kejutkan ajak gi pasar tani..normal routine aku buat tiap sabtu..alangkah indahnya dapat gi pasar dengan bakal suami tercinta..hahhaa..berangan lagi..malam sebelumnya tido jam 2.30am..keletihan yang amat sebab tolong my sister bersihkan rumah baru dia..itu baru part 1 yang hanya kami mampu buat buang segala macam pasir dan debu dari rumah tu..ya ampun..hampir lelah kami dibuatnya dek mengerjakan seisi rumah..bajet nak cuci sekali tapi kami berempat dah kehabisan tenaga..air REVIVE pun tak boleh revive balik kami punya energy..huhuu..jam 2am pegi mapley..dapat air nenas yang sejuk..legaaa...plus roti telur kari ikan..yummy2..sampai je kat umah mandi and selamat....

sabtu pagi selesai pergi pasar balik umah macam biase la rumah yang setiap hari nya huru hara..hehheee..after breakfast terus masuk dapur, siapkan bahan untuk masak MEE TOMATO request dari anak saudara HAWA..ok maksu masak untuk kita ok..tapi sayangnya..sebab dah penat memang tak dan nak ambik gambar..sebab baby icah dah sibuk nak tolong kat dapur..about 11am macam tu my sis in law sampai ngan anak-anak..terpaksa la kamu semua makan mee saje ye..habis masak tolong buat kek pulak..MOIST CHOCLATE CAKE..yum2..kek yang bakal di bawa ke rumah sahabat tercinta..itu pun lupa nak amik gambar..sbb aku bukan la camwhore punya orang..=)
lepas makan layan anak-anak kecil yang tak mahu tidur..adess..maksu kamu dah pancit da ni..boleh pulak masa tengah tidur tu diorang duduk atas badan la..main kepala la..huwaaaaaa!!! kejam betul kamu ye..akhirnya dapat tidur sekejap..sedar-sedar jam 3pm bangun mandi, sms encik assraf tersayang and dia sudah mahu on the way..cepat-cepat siap and 1st time menggayakan shawl jorjet hitam di kepala..cute pulak..=)

seterusnya..ke mydin kajang sebab en.assraf tersayang nak beli barang untuk presentation dia..ok..i'll follow u..after that makan nasi ayam yang tak berapa nak sedap kat mapley depan metro point..serius tak best! tapi jus nenas dalam tin tu berjaya buat tekak ni cool..=) misi en.assraf tak berjaya, terus ke CZIPLEE Kajang..yeah!! dapat juga barang yang di cari..alhamdulillah..kancil terus bergerak. destinasi seterusnya ialah hulu langat..en.assraf nak memesin rumput..dan saya ambil kesempatan tidur di kereta..naseb baik dia cool..hehehe..usai memesin rumput dan menunggu dia mandi kami terus ke tempat yang dituju..Apartment Mutiara, Jln Klang Lama..en.assraf tinggalkan kekasih hati nya ini bersama-sama teman tersayang..letak beg dan barang Huda and Cha'a ajak makan di seberang jalan..aku ingat dekat je kedai makan tu..kami terpaksa cross jalan besar dengan kenderaan yang giler banyak dan laju..seb baik malam-malam, so takde hal sangat la kan..tapi cuak juga..=) sampai kat kedai makan yang di idamkan, aku n huda order tomyam campur, and telur dadar bersama nasi putih+air suam..perhh..memang layan ar tomyam dia..kenyang giler..lupa laks..cha'a cuma isi perut dia dengan nasi goreng cendawan..ok la tuh! sampai rumah jam 12am, aku mandi dan salin baju..pastu kitorang menghadap tv yang takde cerita best and tenet yang lembab..aku rasa aku boleh banne C***** 3G ni..cam hampeh! dah penat bercerita last-last kami tertido jam 2am..gud nite...

tidur yang best sampai la jam 9.30am, terus bangun mandi..huda da siap beli b'fast untuk kami..thanks alot dear..lepas makan kami just tengok tv sampai la cerita MELODI yang berjaya buat aku tido setiap kali tengok rancangan tu..hahahaha! BORING! aku hanya berminat nak tengok jalan-jalan cari makan..dan kebetulan dia buat kat Prima Saujana ni..hehhee..bangun dari tido jer terus cari makan..MAKAN lagi?haha..kali ni layan roti and tuna..memang syok..habis makan kami borak-borak sampai la jam 5pm..en.assraf tersayang dah kirim sms yang dia dah otw..hurey! dapat jumpa dia lagi..perut dah berbunyi..menyatakan hasrat pada dia yang aku nak makan siakap 3 rasa dan dapat..alhamdulillah di hulu langat..boleh tahan masakan dia..harga pun berpatutan..dan jam 7.00pm sampai la di rumah..so tired and sleepy..but having such a gud moment to be remember..haha..love ya!

Friday, July 17, 2009

hampeh

pagi-pagi ni mula la aku rasa hangin 1 badan..mana taknya, orang-orang kat ofis ni pakat datang lambat..macam S**L! serius aku geram..datang lambat pastu suka-suka ganti lepas waktu kerja..bukan buat kerja pun main tenet..macam aku tak tau..semuanya pun aku tau..semuanya pun kaki kipas susah mati..depan bos macam lahanat berlakon..bila bos tak ada semua jadi setan..BENGANG!!!!!!!!!!!!!!

dan esok hari sabtu, baru ingat nak relaks-relaks pergi pasar kemas rumah tanpa ada baby..tiba-tiba pagi ni the baby sitter just told me that the baby's parents will go to sungai buloh?sungai buloh ka?bukan kata mak baby nak pergi spa?what the h***??? aku rasa cam nak mati pun ada..seb baik dah ada plan untuk lepak rumah kawan..release sikit tekanan darah kat otak aku ni yang mulanya tulang belulang semua nak bersepai terabur kat lantai..hari ni pulak ada request suruh aku balik awak semata-mata nak kena amik anak dara orang balik dari camping yang cikgu sekolahnya langsung tak bertanggungjawab. memang SUCKS! cikgu sekolah tu..apa nak jadi entah.dah engkau suruh budak tu jadi wakil sekolah kau la pergi anta pergi dan balik budak tu.kenapa nak jadi tanggungjawab mak dia pulak?? tak sengal ke???? aku jumpa cikgu dia memang aku tibai maki cukup-cukup..mentang-mentang sekolah macam best tapi benda-benda camni takleh fikir ke???? 2,3 hari ni memang ada je benda buat aku marah..tapi semuanya aku simpan..aku diam..jadinya macam nilah..makian aku berbakul-bakul..sengal lagi seorang minachi dalam ofis tu.."tolong print itu, tolong print ini.." mangkuk!

dahla..nanti aku sambung lagi sesi hampeh ni..dah rasa sebal giler dah ni..aku nak amik half day hari ni aku tak dulik!

Thursday, July 16, 2009

friendship




haih..
dah lama dia jadi pengantin..
dah sebulan..tapi baru sempat upload gambar ni..
hehehe..credit to my fren meikato sebab tolong editkan gambar ni..
to erna: semoga awak bahagia bersama suami tersayang..banyak-banyak kan sabar dalam rumahtangga..ececehh..macam la aku dah berumahtangga nak nasihatkan orang..hehehe..cau cin cau..

abah



hanya dia seorang..yang aku sayang nombor satu di hatiku

p/s: encik assraf..sory la ye..abah saya lelaki paling hensem dalam hidup saya..dan dia lah segala2 nya..

Friday, July 10, 2009

getar..debar..

"dug dug dug dug.."
dari kelmarin lagi
kenapa agaknye?
aku jadi tak tenteram
aman damai rasa mengurang
rasa mencurang
ish..
tak best betul

2 hari ni mencari sesuatu
tapi tak jumpa-jumpa
sampai la hari ini
tak jumpa juga
tak ngapa la
lupakan
tak penting pun
yang penting hari ke dua hujung minggu ini
akan menambahkan lagi getar kat jantung ni
konpem

hey hati..awak kena rileks tau
jangan gelabah
bukan ada apa pun
hehehehe...

Monday, July 6, 2009

kat mana lagi?

kat sini je la..
mana lagi nak meluah..
mana lagi nak meludah..
mana lagi nak meresah..
kat sini je la..
aku tak ada tempat lain kecuali YG MAHA ESA..
aku cuba..tapi aku tak sekuat mana..
aku dah cuba dan aku terus mencuba..
mungkin itu lah apa yang aku dapat atas segala apa yang aku buat selama ni..
dan aku redha, aku masih bernyawa dan berpeluang..
manusia..takkan pernah rasa cukup..
cemburu, iri hati semua ada..
tak pernah rasa puas..
1 dalam 1000 yang punya rasa yang cukup sempurna itu..
haih..
aku penat..nak saje aku berkalih arah..
dari 2 ke 1..sampai bila-bila..
boleh ke?soalnya otak kepada hati..
ikut hati mati..ikut rasa binasa..
aku tak ada hati mungkin..
aku tak ada rasa jua mungkin..
kenapa dia tak faham?atau dia buat-buat tak faham?
atau dia juga sengaja tidak mahu faham kerana iye boleh menjadikan jatuh air mukanye..
"i drop his waterface"
so what?my waterface already drop and deep down..
no one knows that?reacting like it never happen..but always..
for what? for the sake of other people hearts!

bila mana kau tak perlukan kau lepaskan lah aku yang tak semenggah mana ini..
biarkan aku seorang..
biarkan aku cacat dan pincang..
biarkan biarkan biarkan..
biar aku terbiar..
kerana aku tahu..
masih ada yang menunggu aku..
seburuk mana aku Dia tetap menanti dan menyayangi..
Pangillah aku untuk ke pintu Mu..
Serulah aku untuk ke cahaya Mu..
Berilah aku angin yang tenang itu...
Berikanlah aku nyaman itu..

in a deep stress and like to rest in peace..if i could have the peace..

Wednesday, July 1, 2009

selamat ulang tahun sayang..


happy birthday syg..
semoga panjang umur..
murah rezeki..
diberkati dan dilindungi Allah selalu..
semoga impian kita tercapai untuk hidup bersama..
love u so much..
1 July 2009