alhamdulillah..syukur padaMu ya Allah..Tuhan yg satu, yang maha Esa
atas kurniaMu yang maha besar ini, kami diikat dengan satu janji..
mudah-mudahan janji itu termateri satu hari nanti dengan izinMu ya Tuhan..
alhamdulillah kedua-dua keluarga menerima dengan lapang dada dan minda terbuka untuk menerima aku ini yang tak seberapa ada.
1 Syawal 1431H,
tidak ku kisahkan langsung pada sesiapa tentang satu rasa jiwa yang ada dalam hati ni. sayu..menatap pusara emak satu perkara yang sebenarnya aku kurang mampu.tapi aku gagahkan juga. gagahkan kaki meniti tiap langkah yang membawa aku ke makam itu.nun di hujung sana, sekarang, ada pokok tenggek burung.nun disitu dia bersemadi sendiri..mak, restukan hubungan ini..restukan ikatan ini..airmata tiada lagi.hanya melihat linangan yang mengalir di kelopak mata insan kesayangan aku.sabar la kanda.kita sudah nyata tiada bunda..
Syawal 1431H,
tidak ku kabarkan pada sesiapa tentang ikatan ini.maaf teman dan taulan.kami hanya buat kecil-kecilan.aku bukan lah anak raja untuk mempersembahkan segala acara.aku hanya insan hina.maafkan aku.pelukan dari bakal ibu aku itu sungguh mendamaikan rasa jiwa.terima kasih mama..terima kasih kerana mahu diri ini..
tiada punya rasa kecuali ucapan gunungan terima kasih pada semuanya. setiap baiknya kata-kata kalian, Allah angkat jadi doa..terima kasih..
The day I die.
3 years ago