Monday, May 4, 2009

bulan baru..

masuk ofis setelah berlama-lamaan cuti..
ada sama abah dan kakak datang dari kampung
riuh sekejap rumah untuk 2 hari
seronok dan letih
yela..hari-hari yang tiada hujan
tapi alhamdulillah..
angin sejuk sentiasa ada..
nature is nice..
spending the time with Abah is such a gud moment i have..
bila lagi kan, berbual-bual bersama si tua itu tapi masih kacak walaupun kedut seribu jelas di wajahnya..
aduhai..sangat indah dan mengasyikkan..
jadikan satu memori kala mana suatu hari pasti dia di jemput 'pulang'
mungkin waktu itu aku sudah kembali menjadi si anak kecil yang menangis kerana tidak dapat apa yang dihendakkan..sakit..
what ever it is..aku masih berdoa dan tetap berdoa supaya dia terus dipanjangkan umur dengan kesihatan yang sempurna..amin..
walaupun aku tahu aku tidak dapat untuk menghalang segala qada' dan qadar Nya kan..
cuma yang pasti aku harap kan aku masih punya waktu untuk membahagiakannya..
punya waktu untuk melihat dia terus tersenyum..
punya waktu untuk terus bersembang-sembang..
punya waktu untuk membelikan persalinan baru untuk hari raya..
punya waktu untuk mendengar dia mengaji dan berzikir..
punya waktu di mana dia bisa melihat aku bahagia dengan pilihan hidupku..

Tuhan,
bolehkah beri semua kesempatan itu untuk aku?
bolehkah beri semua peluang itu untuk aku?
aku tahu Kau pengasih dan penyayang
dan aku tahu Kau pasti beri peluang itu untuk aku ini
bolehkan Tuhan?
rabbanaa aatinaa fid dunyaa hasanah..
wafil aakhirati hasanah..
waqinaa 'azabannar..

0 comments: